Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Akses ciri daripada Skrin Kunci iPhone

Skrin Kunci, yang menunjukkan masa dan tarikh semasa serta pemberitahuan terbaru anda, muncul apabila anda mengaktifkan atau membangunkan iPhone. Daripada Skrin Kunci, anda boleh melihat pemberitahuan, buka Kamera dan Pusat Kawalan, dapatkan maklumat daripada app kegemaran anda pada sekilas pandang dan banyak lagi.

Skrin Kunci iPhone menunjukkan masa dan tarikh.

Akses ciri dan maklumat daripada Skrin Kunci

Anda boleh mengakses ciri dan maklumat berguna daripada Skrin Kunci, walaupun semasa iPhone dikunci. Daripada Skrin Kunci, lakukan mana-mana yang berikut:

Untuk memilih perkara yang anda boleh akses daripada Skrin Kunci, lihat Kawal akses kepada maklumat pada Skrin Kunci iPhone.

Tunjukkan pratonton pemberitahuan pada Skrin Kunci

  1. Pergi ke Seting  > Pemberitahuan.

  2. Ketik Tunjukkan Pratonton, kemudian ketik Sentiasa.

Pratonton pemberitahuan termasuk teks daripada Mesej, baris daripada mesej Mail dan butiran tentang jemputan Kalendar. Lihat Lihat dan balas pemberitahuan pada iPhone.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.