Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Alamat dan hantar e-mel dalam Mail pada iPhone

Dalam app Mail , anda boleh menghantar e-mel daripada sebarang akaun e-mel anda, tandakan alamat daripada luar domain tertentu dan banyak lagi.

Tambah penerima

  1. Ketik dalam medan Kepada, kemudian taipkan nama penerima.

    Semasa anda menaip, Mail mencadangkan orang daripada Kenalan anda secara automatik, serta alamat e-mel kepada orang yang mempunyai lebih daripada satu alamat e-mel.

    Anda juga boleh mengetik butang Tambah Kenalan untuk membuka Kenalan dan menambah penerima dari sana.

  2. Jika anda menghantar salinan, ketik medan Sk/Skt.

  3. Ketik dalam medan Sk, kemudian masukkan nama orang yang anda mahu hantar salinan.

  4. Ketik dalam medan Skt, kemudian masukkan nama orang yang nama mereka anda tidak mahu orang lain lihat.

Petua: Selepas anda memasukkan penerima, anda boleh menyusun semula nama mereka dalam medan alamat, atau menyeretnya dari satu medan alamat ke medan lain—contohnya ke medan Skt jika anda memutuskan yang anda tidak mahu nama mereka muncul.

Hantar salinan kepada diri anda secara automatik

Pergi ke Seting  > Mail, kemudian aktifkan Sentiasa Skt Sendiri.

Tambah akaun mel tambahan

  1. Pergi ke Seting  > Mail > Akaun > Tambah Akaun, kemudian ketik Lain.

  2. Ketik Tambah Akaun Mail.

  3. Masukkan nama, alamat e-mel dan kata laluan anda, kemudian ketik Seterusnya.

  4. Masukkan nama pelayan mel masuk dan keluar untuk akaun anda dan maklumat lain yang diminta.

  5. Ketik Simpan.

Sesuaikan tandatangan e-mel anda

Anda boleh menyesuaikan tandatangan e-mel yang muncul secara automatik di bahagian bawah setiap e-mel yang anda hantar.

  1. Pergi ke Seting  > Mail, kemudian ketik Tandatangan.

  2. Ketik dalam medan teks di bahagian atas skrin, kemudian edit tandatangan anda.

    Hanya teks disokong untuk tandatangan Mail.

Petua: Jika anda mempunyai lebih dari satu akaun e-mel, ketik Per Akaun untuk mengesetkan tandatangan berlainan untuk setiap akaun.

Hantar e-mel daripada akaun berbeza

Jika anda mempunyai lebih daripada satu e-mel, anda boleh menentukan akaun untuk menghantar e-mel.

Ketik medan Daripada untuk memilih akaun.

Tandakan alamat di luar domain tertentu

Apabila anda menghantar e-mel kepada penerima yang bukan dalam domain organisasi, anda boleh menjadikan nama penerima muncul berwarna merah untuk mengisyaratkan anda.

  1. Pergi ke Seting  > Mail > Tandakan Alamat.

  2. Masukkan domain dalam organisasi anda—domain yang anda tidak mahu ditandakan merah.

    Anda boleh memasukkan berbilang domain dipisahkan oleh koma (sebagai contoh, “apple.com, example.org”).

    Sebarang e-mel yang dihantar ke atau dari domain lain ditandakan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.