Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kongsi sambungan internet anda daripada iPhone

Anda boleh menggunakan Hotspot Peribadi untuk berkongsi sambungan internet selular daripada iPhone anda ke peranti lain. Hotspot Peribadi berguna apabila peranti lain tidak mempunyai akses internet daripada rangkaian Wi-Fi. Instant Hotspot membenarkan anda untuk menyambungkan peranti anda ke Hotspot Peribadi tanpa memasukkan kata laluan.

Jika iPhone atau iPad berdekatan (model Wi-Fi + Cellular) berkongsi Hotspot Peribadi, anda boleh menggunakan sambungan internet selular iPhone atau iPad tersebut pada iPhone anda. Lihat Sertai Hotspot Peribadi.

Nota: Hotspot Peribadi tidak tersedia dengan semua pembawa. Bayaran tambahan mungkin dikenakan. Bilangan peranti yang boleh menyertai Hotspot Peribadi anda pada satu masa bergantung pada pembawa dan model iPhone anda. Hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sediakan Hotspot Peribadi pada iPhone

Pergi ke Seting  > Selular > Hotspot Peribadi, kemudian aktifkan Benarkan yang Lain Menyertai.

Nota: Jika anda tidak melihat pilihan untuk Hotspot Peribadi dan Data Selular diaktifkan dalam Seting > Selular, hubungi pembawa anda tentang menambahkan Hotspot Peribadi pada pelan anda.

Anda boleh menukar seting berikut:

  • Tukar kata laluan Wi-Fi untuk Hotspot Peribadi anda: Pergi ke Seting > Selular > Hotspot Peribadi > Kata Laluan Wi-Fi.

  • Tukar nama Hotspot Peribadi anda: Pergi ke Seting > Umum > Perihal > Nama.

  • Nyahaktifkan Hotspot Peribadi dan putuskan sambungan peranti: Pergi ke Seting > Selular > Hotspot Peribadi, kemudian nyahaktifkan Benarkan yang Lain Menyertai.

Pada model dengan Dwi SIM, Hotspot Peribadi menggunakan talian yang dipilih untuk data selular.

Sambungkan Mac atau PC ke Hotspot Peribadi anda

Anda boleh menggunakan kabel USB, Wi-Fi, atau Bluetooth untuk menyambungkan Mac atau PC ke Hotspot Peribadi anda. Lakukan salah satu daripada berikut:

  • Gunakan USB: Sambungkan iPhone dan komputer anda menggunakan kabel. Jika anda melihat isyarat yang mengatakan Percaya Komputer ini?, ketik Percaya. Dalam keutamaan Rangkaian komputer anda, pilih iPhone, kemudian konfigurasi seting rangkaian.

  • Gunakan Wi-Fi dan Instant Hotspot:: Pada Mac anda, gunakan menu status Wi-Fi dalam bar menu untuk memilih iPhone anda daripada senarai rangkaian tersedia.

    Anda perlu mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada Mac dan iPhone anda serta mengaktifkan Bluetooth dan Wi-Fi.

    Ikon status Wi-Fi dalam bar menu bertukar ke ikon Hotspot Peribadi selagi Mac anda kekal bersambung ke Hotspot Peribadi anda.

  • Gunakan Bluetooth: Untuk memastikan iPhone anda boleh ditemui, pergi ke Settings  > Bluetooth dan biarkan skrin ditunjukkan. Kemudian pada Mac atau PC anda, ikut arahan pengeluar untuk menyediakan sambungan rangkaian Bluetooth.

Sambungkan iPad, iPod touch, atau iPhone lain ke Hotspot Peribadi anda

Pada peranti lain, pergi ke Seting  > Wi-Fi, kemudian pilih iPhone anda daripada senarai rangkaian tersedia.

Jika diminta kata laluan pada peranti lain, masukkan kata laluan yang ditunjukkan dalam Seting > Selular > Hotspot Peribadi pada iPhone anda.

Jika iPhone anda dan peranti lain disediakan seperti berikut, kemudian Instant Hotspot menyambungkan peranti tanpa memerlukan kata laluan:

Apabila peranti disambungkan, jalur biru kelihatan di bahagian atas skrin iPhone anda. Ikon Hotspot Peribadi kelihatan dalam bar status peranti yang disambungkan.

Dengan Perkongsian Keluarga, anda boleh berkongsi Hotspot Peribadi anda dengan mana-mana ahli keluarga anda secara automatik atau selepas mereka meminta kelulusan. Lihat Sediakan Perkongsian Keluarga pada iPhone.

Apabila anda berkongsi Hotspot Peribadi daripada iPhone anda, ia menggunakan data selular untuk sambungan internet. Untuk memantau penggunaan rangkaian data selular anda, pergi ke Seting > Selular > Penggunaan. Lihat Lihat atau tukar seting data selular pada iPhone.

Jika anda memerlukan lebih banyak bantuan menggunakan Hotspot Peribadi, lihat artikel Sokongan Apple Jika Hotspot Peribadi tidak berfungsi.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.