Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kongsi sambungan internet anda daripada iPhone

Anda boleh menggunakan Hotspot Peribadi untuk berkongsi sambungan internet selular daripada iPhone anda ke peranti lain. Hotspot Peribadi berguna apabila peranti lain tidak mempunyai akses internet daripada rangkaian Wi-Fi.

Nota: Hotspot Peribadi tidak tersedia dengan semua pembawa. Bayaran tambahan mungkin dikenakan. Bilangan peranti yang boleh menyertai Hotspot Peribadi anda pada satu masa bergantung pada pembawa dan model iPhone anda. Hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sediakan Hotspot Peribadi pada iPhone

Pergi ke Seting  > Selular, ketik Sediakan Hotspot Peribadi, kemudian ikuti arahan atas skrin.

Nota: Jika anda tidak melihat Hotspot Peribadi sebagai pilihan dan Data Selular diaktifkan dalam Seting > Selular, hubungi pembawa anda tentang menambahkan Hotspot Peribadi pada pelan anda.

Anda boleh menukar seting berikut:

  • Tukar kata laluan Wi-Fi untuk Hotspot Peribadi anda: Pergi ke Seting > Hotspot Peribadi > Kata Laluan Wi-Fi.

  • Nyahaktifkan Hotspot Peribadi dan putuskan sambungan peranti: Pergi ke Seting > Hotspot Peribadi, kemudian nyahaktifkan Benarkan yang Lain Menyertai.

Jika anda menyediakan iPhone anda untuk menggunakan dua SIM, Hotspot Peribadi menggunakan talian yang anda pilih untuk data selular. (Lihat Uruskan pelan selular anda untuk Dwi SIM.)

Sambungkan Mac atau PC ke Hotspot Peribadi anda

Anda boleh menggunakan Wi-Fi, kabel USB, atau Bluetooth untuk menyambungkan Mac atau PC ke Hotspot Peribadi anda. Lakukan salah satu daripada berikut:

  • Gunakan Wi-Fi untuk bersambung daripada Mac: Klik menu status Wi-Fi dalam bar menu, kemudian pilih iPhone anda daripada senarai rangkaian tersedia.

    Jika diminta kata laluan, masukkan kata laluan yang ditunjukkan dalam Seting > Hotspot Peribadi pada iPhone anda.

    Ikon status Wi-Fi dalam bar menu bertukar ke ikon Hotspot Peribadi selagi Mac anda kekal bersambung ke Hotspot Peribadi anda.

    Nota: Anda boleh menyambungkan peranti anda ke Hotspot Peribadi tanpa memasukkan kata laluan apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada Mac dan iPhone anda serta Bluetooth dan Wi-Fi diaktifkan pada kedua-dua peranti.

  • Gunakan Wi-Fi untuk bersambung daripada PC: Dalam seting Wi-Fi pada PC anda, pilih iPhone, kemudian masukkan kata laluan yang ditunjukkan dalam Seting > Hotspot Peribadi pada iPhone anda.

  • Gunakan USB: Sambungkan iPhone dan komputer anda menggunakan kabel. Jika anda menerima isyarat yang mengatakan Percaya Komputer ini?, ketik Percaya. Dalam keutamaan rangkaian komputer anda, pilih iPhone, kemudian konfigurasi seting rangkaian.

  • Gunakan Bluetooth: Untuk memastikan iPhone anda boleh ditemui, pergi ke Settings  > Bluetooth dan biarkan skrin ditunjukkan. Kemudian, pada Mac, pilih Menu Apple  > Keutamaan Sistem, klik Bluetooth, pilih iPhone anda, kemudian klik Sambung. Pada iPhone anda, ketik nama Mac anda, kemudian ikuti arahan atas skrin pada Mac anda.

    Pada PC, ikut arahan pengeluar untuk menyediakan sambungan rangkaian Bluetooth.

Sambungkan iPad, iPod touch, atau iPhone lain ke Hotspot Peribadi anda

Pada peranti lain, pergi ke Seting  > Wi-Fi, kemudian pilih iPhone anda daripada senarai rangkaian tersedia.

Jika diminta kata laluan pada peranti lain, masukkan kata laluan yang ditunjukkan dalam Seting > Hotspot Peribadi pada iPhone anda.

Nota: Anda boleh menyambungkan peranti anda tanpa memasukkan kata laluan apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada setiap peranti, serta Bluetooth dan Wi-Fi diaktifkan pada kedua-dua peranti.

Apabila peranti disambungkan, jalur biru kelihatan di bahagian atas skrin iPhone anda. Ikon Hotspot Peribadi kelihatan dalam bar status peranti yang disambungkan.

Dengan Perkongsian Keluarga, anda boleh berkongsi Hotspot Peribadi anda dengan mana-mana ahli keluarga anda secara automatik atau selepas mereka meminta kelulusan. Lihat Sediakan Perkongsian Keluarga pada iPhone.

Apabila anda berkongsi Hotspot Peribadi daripada iPhone anda, ia menggunakan data selular untuk sambungan internet. Untuk memantau penggunaan rangkaian data selular anda, pergi ke Seting > Selular. Lihat Lihat atau tukar seting data selular pada iPhone.

Jika anda memerlukan lebih banyak bantuan menggunakan Hotspot Peribadi, lihat artikel Sokongan Apple Jika Hotspot Peribadi tidak berfungsi.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.