Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tambah atau keluarkan ahli daripada kumpulan Perkongsian Keluarga anda pada iPhone

Dalam kumpulan Perkongsian Keluarga, pengelola boleh menambah ahli keluarga yang mempunyai Apple ID. Pengelola, ibu bapa atau penjaga boleh menambah anak ke kumpulan dan mencipta Apple ID untuk mereka.

Pengelola keluarga boleh mengeluarkan ahli atau membubarkan kumpulan dan ahli keluarga yang bukan remaja dengan kawalan ibu bapa atau kanak-kanak boleh mengeluarkan diri mereka sendiri. Kanak-kanak perlu dipindahkan ke kumpulan Perkongsian Keluarga lain jika anda mengeluarkan mereka daripada kumpulan anda atau membubarkan kumpulan. Lihat artikel Sokongan Apple Pindahkan anak ke kumpulan lain menggunakan Perkongsian Keluarga.

Ketahui tentang jenis ahli Perkongsian Keluarga.

Tambah ahli keluarga dengan Apple ID

Pengelola kumpulan Perkongsian Keluarga boleh menambah ahli keluarga yang mempunyai Apple ID mereka sendiri.

  1. Pergi ke Seting  > [nama anda] > Perkongsian Keluarga, kemudian ketik Tambah Ahli.

  2. Ketik Jemput Orang, kemudian ikuti arahan atas skrin.

    Anda boleh menghantar jemputan menggunakan AirDrop, Mesej atau Mail. Jika anda berdekatan ahli keluarga, anda juga boleh mengetik Jemput Sendiri dan meminta ahli keluarga untuk memasukkan Apple ID dan kata laluan mereka pada peranti anda.

Cipta Apple ID untuk anak

Jika kanak-kanak terlalu muda untuk mencipta Apple ID mereka, pengelola, ibu bapa atau penjaga boleh menambah anak ke kumpulan Perkongsian Keluarga dan mencipta Apple ID untuk mereka.

  1. Pergi ke Seting  > [nama anda] > Perkongsian Keluarga.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Jika anda ialah pengelola: Ketik Tambah Ahli, ketik Cipta Akaun untuk Kanak-kanak, kemudian ikuti arahan atas skrin.

    • Jika anda ialah ibu bapa atau penjaga: Ketik Tambah Kanak-kanak, kemudian ikuti arahan atas skrin.

Untuk mendapatkan maklumat tentang akaun kanak-kanak dan umur kanak-kanak yang boleh mencipta Apple ID mereka sendiri, lihat artikel Sokongan Apple Cipta Apple ID untuk anak anda.

Keluarkan ahli daripada kumpulan keluarga

Pengelola kumpulan Perkongsian Keluarga boleh mengeluarkan ahli lain. Apabila ahli keluarga dikeluarkan, mereka kehilangan akses serta-merta ke sebarang kandungan dan langganan dikongsi.

  1. Pergi ke Seting  > [nama anda] > Perkongsian Keluarga.

  2. Ketik [nama ahli], kemudian ketik Keluarkan [nama ahli] daripada Keluarga.

Tinggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga

Apabila anda meninggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga, anda berhenti berkongsi pembelian dan langganan anda dengan ahli keluarga serta kehilangan akses serta-merta ke sebarang kandungan yang mereka kongsikan.

Nota: Pengelola tidak boleh meninggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga. Jika anda mahu menukar pengelola, anda mesti membubarkan kumpulan dan membuatkan orang dewasa lain mencipta kumpulan baharu.

  1. Pergi ke Seting  > [nama anda] > Perkongsian Keluarga.

  2. Ketik [nama anda], kemudian ketik Henti Menggunakan Perkongsian Keluarga.

Bubarkan kumpulan Perkongsian Keluarga

pengelola boleh membubarkan kumpulan keluarga. Apabila kumpulan Perkongsian Keluarga dibubarkan, semua ahli kehilangan akses serta-merta ke sebarang kandungan dan langganan dikongsi.

  1. Pergi ke Seting  > [nama anda] > Perkongsian Keluarga > [nama anda].

  2. Ketik Henti Menggunakan Perkongsian Keluarga.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.