Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Padam iPhone

Apabila anda memadamkan data, ia tidak lagi boleh diakses menerusi antara muka iPhone, tetapi tidak dipadamkan daripada storan iPhone. Untuk mengeluarkan semua kandungan dan seting anda daripada storan, padamkan iPhone. Contohnya, padam iPhone sebelum anda menjualnya atau memberikannya kepada orang lain. Jika anda mahu menyimpan kandungan dan seting anda, sandarkan iPhone sebelum memadamkannya.

Anda boleh memadamkan iPhone daripada Seting . Jika anda tidak boleh membuka Seting, anda boleh menggunakan komputer untuk memadamkan iPhone.

Padam semua kandungan dan seting daripada iPhone

  1. Pergi ke Seting  > Umum > Pindahkan atau Reset iPhone.

    Jika anda memadamkan iPhone anda kerana anda mahu menggantikannya dengan iPhone baharu yang anda miliki, anda boleh menggunakan storan tambahan percuma pada iCloud untuk mengalihkan app dan data anda ke peranti baharu tersebut. Ketik Mulakan, ikuti arahan atas skrin, kemudian kembali ke Seting > Umum > Pindahkan atau Reset iPhone.

  2. Ketik Padam Semua Kandungan dan Seting.

Apabila iPhone bermula semula dengan semua kandungan dan seting dipadamkan, anda mempunyai pilihan untuk menyediakan iPhone sebagai baharu atau memulihkannya daripada sandaran. Lihat Hidupkan dan sediakan iPhone.

Nota: Jika anda diminta untuk memasukkan kod laluan anda dan anda terlupanya, lihat Reset kod laluan. Jika anda diminta untuk memasukkan kata laluan Apple ID anda dan anda terlupanya, lihat Tapak web pulihkan Apple ID anda.

Gunakan komputer untuk memadamkan semua kandungan dan seting daripada iPhone

Anda boleh menggunakan Mac atau Windows PC untuk memadamkan semua data dan seting daripada iPhone anda, memulihkan iPhone kepada seting kilang dan memasang versi terkini iOS. Sebagai contoh, jika anda tidak boleh membuka Seting pada iPhone, anda boleh menggunakan pendekatan ini untuk memulihkan iPhone ke seting kilang.

Sebelum iPhone dipadamkan, anda mempunyai pilihan untuk menyandarkannya. Jika anda membuat sandaran, anda boleh menggunakan sandaran ini untuk memulihkan data dan seting anda pada iPhone anda atau pada peranti baharu. Lihat Pulihkan iPhone daripada sandaran komputer.

  1. Sambungkan iPhone dan komputer anda menggunakan kabel.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Pada Mac: Dalam bar sisi Finder, pilih iPhone anda, klik Umum di bahagian atas tetingkap, kemudian klik Pulihkan iPhone.

      Untuk menggunakan Finder bagi menyandarkan iPhone kepada seting kilang, macOS 10.15 atau lebih baharu diperlukan. Dengan versi macOS yang lebih awal, gunakan iTunes untuk memulihkan iPhone.

    • Pada Windows PC: Pasang atau kemas kini ke versi terbaharu iTunes pada PC anda (Lihat artikel Sokongan Apple Kemas kini ke versi terkini iTunes). Buka iTunes, klik butang iPhone berhampiran bahagian kiri atas tetingkap iTunes, klik Ringkasan, kemudian klik Pulihkan iPhone.

  3. Ikuti arahan atas skrin.

Lihat artikel Sokongan Apple Jika anda tidak boleh mengemas kini atau memulihkan iPhone anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.