Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar seting kamera lanjutan pada iPhone

Ketahui tentang ciri Kamera lanjutan yang membolehkan anda menangkap foto dengan lebih pantas, menggunakan rupa yang disesuaikan dan dipertingkatkan pada foto anda, serta melihat kandungan di luar bingkai kamera.

Aktifkan dan nyahaktifkan Utamakan Tangkapan Lebih Laju

Pada iPhone XS, iPhone XR dan lebih baharu, seting Utamakan Tangkapan Lebih Laju mengubah suai cara imej diproses—membenarkan anda menangkap lebih banyak foto apabila anda mengetik butang Pengatup dengan pantas.

Utamakan Tangkapan Lebih Laju aktif secara lalai. Untuk menyahaktifkan Utamakan Tangkapan Lebih Laju, pergi ke Seting  > Kamera, kemudian nyahaktifkan Utamakan Tangkapan Lebih Laju.

Nyahaktifkan dan aktifkan Pengesanan Gambaran

Pada model iPhone 12, seting Pengesanan Gambaran boleh mengenal pasti perkara yang anda ambil foto dan menggunakan rupa yang disesuaikan untuk memberikan kualiti gambaran yang terbaik.

Pengesanan Gambaran aktif secara lalai. Untuk menyahaktifkan Pengesanan Gambaran, pergi ke Seting  > Kamera, kemudian nyahaktifkan Pengesanan Gambaran.

Nyahaktifkan dan aktifkan Pembetulan Kanta

Pada model iPhone 12 dan model iPhone 13, seting Pembetulan Kanta melaraskan foto yang diambil dengan kamera depan atau kamera Ultralebar untuk hasil yang lebih semula jadi.

Pembetulan Kanta aktif secara lalai. Untuk menyahaktifkan Pembetulan Kanta, pergi ke Seting  > Kamera, kemudian nyahaktifkan Pembetulan Kanta.

Aktifkan dan nyahaktifkan Lihat di Luar Bingkai

Pada model iPhone 11, model iPhone 12 dan model iPhone 13, pratonton kamera memaparkan kandungan di luar bingkai untuk menunjukkan anda perkara yang boleh ditangkap menggunakan kanta lain dalam sistem kamera dengan paparan medan yang lebih meluas. Untuk menyahaktifkan paparan ini, pergi ke Seting  > Kamera, kemudian nyahaktifkan Lihat di Luar Bingkai.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.