Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan perlindungan keselamatan dan privasi terbina dalam iPhone

iPhone direka untuk membantu melindungi data dan privasi anda. Ciri keselamatan terbina dalam membantu menghalang sesiapa selain anda daripada mengakses data pada iPhone anda dan dalam iCloud. Ciri privasi terbina dalam meminimumkan maklumat anda yang tersedia kepada orang lain selain anda dan anda boleh melaraskan jenis maklumat yang dikongsi serta tempat anda berkongsi maklumat.

Untuk memanfaatkan sepenuhnya ciri keselamatan dan privasi yang dibina dalam iPhone, ikuti amalan ini:

Setkan kod laluan yang kukuh

Mengeset kod laluan untuk membuka kunci iPhone anda ialah perkara paling penting yang anda boleh lakukan untuk melindungi peranti anda. Lihat Setkan kod laluan pada iPhone.

Gunakan Face ID atau Touch ID

Face ID (model disokong) atau Touch ID (model disokong) menyediakan cara yang selamat dan mudah untuk membuka kunci iPhone anda, mengesahkan pembelian dan bayaran, serta untuk mendaftar masuk ke kebanyakan app pihak ketiga. Lihat Sediakan Touch ID pada iPhone atau Sediakan Face ID pada iPhone.

Aktifkan Cari iPhone Saya

Cari membantu anda mencari iPhone anda sekiranya hilang atau dicuri dan menghalang orang lain daripada mengaktifkan atau menggunakan iPhone anda sekiranya hilang. Lihat Tambah iPhone anda ke Cari.

Pastikan Apple ID anda selamat

Apple ID anda memberikan akses kepada data anda dalam iCloud dan maklumat akaun anda untuk perkhidmatan seperti App Store dan Apple Music. Untuk mengetahui cara melindungi keselamatan Apple ID anda, lihat Pastikan Apple ID anda selamat pada iPhone.

Gunakan Daftar masuk dengan Apple apabila tersedia

Untuk membantu anda menyediakan akaun, kebanyakan app dan tapak web menawarkan Daftar masuk dengan Apple. Daftar masuk dengan Apple mengehadkan maklumat tentang anda yang dikongsi, ia menggunakan Apple ID yang anda telah ada dengan mudah dan menyediakan keselamatan pengesahan dua faktor. Lihat Daftar masuk dengan Apple pada iPhone.

Biarkan iPhone mencipta kata laluan yang kukuh jika Daftar masuk dengan Apple tidak tersedia

Untuk kata laluan kukuh yang anda tidak perlu ingat, biarkan iPhone menciptanya apabila anda mendaftar untuk perkhidmatan pada tapak web atau dalam app. Lihat Isi kata laluan kukuh secara automatik pada iPhone.

Gunakan pengesah terbina dalam untuk pengesahan dua faktor

Untuk tapak dan app yang menawarkan pengesahan dua faktor, anda boleh mendapatkan kod pengesahan yang dijana secara automatik pada iPhone tanpa bergantung pada mesej SMS atau app tambahan untuk memberikan kod. Lihat Isi kod pengesahan secara automatik pada iPhone.

Semak amalan privasi app

Semak amalan privasi app sebelum anda memuat turun app. Pergi ke halaman produk app dalam App Store untuk ringkasan dilaporkan pembangun tentang amalan privasi app, termasuk data yang dikumpulkan. Lihat Dapatkan app dalam App Store pada iPhone. Untuk app yang anda muat turun, semak Laporan Privasi App, yang menunjukkan anda cara app menggunakan kebenaran yang anda berikan kepadanya dan menunjukkan aktiviti rangkaiannya (iOS 15.2 atau lebih baharu). Lihat Semak cara app menggunakan kebenaran yang anda berikan kepadanya.

Lindungi aktiviti Mail anda

Aktifkan Perlindungan Privasi Mail untuk menyukarkan pengirim mengikuti aktiviti Mail anda. Lihat Gunakan Perlindungan Privasi Mail pada iPhone.

Sembunyikan alamat e-mel peribadi anda

Apabila anda melanggan iCloud+, Sembunyikan E-mel Saya membolehkan anda menjana alamat e-mel rawak unik yang dimajukan ke akaun e-mel peribadi anda. Anda tidak perlu berkongsi alamat e-mel peribadi anda semasa mengisi borang atau mendaftar surat berita pada web (lihat Gunakan Sembunyikan E-mel Saya dalam Safari pada iPhone) atau semasa menghantar e-mel (iOS 15.2 atau lebih baharu; lihat Gunakan Sembunyikan E-mel Saya dalam Mail pada iPhone).

Fahami privasi aktiviti pelayaran anda dalam Safari dengan lebih baik dan bantu lindungi diri anda daripada tapak web hasad

Safari membantu menghalang penjejak daripada mengikuti anda merentas tapak web. Anda boleh menyemak Laporan Privasi untuk melihat ringkasan penjejak yang telah ditemui dan dihalang oleh Pencegahan Penjejakan Pintar pada halaman web semasa yang anda sedang lawati. Anda juga boleh menyemak dan melaraskan seting Safari untuk memastikan aktiviti pelayaran anda peribadi daripada orang lain yang menggunakan peranti sama dan membantu melindungi diri anda daripada tapak web hasad. Lihat Layari secara peribadi dalam Safari pada iPhone.

Kawal penjejakan app

Semua app mesti menerima keizinan anda sebelum menjejak anda merentas app dan tapak web yang dimiliki oleh syarikat lain untuk mensasarkan pengiklanan kepada anda atau berkongsi maklumat anda dengan broker data. Selepas anda memberikan atau menolak keizinan untuk app, anda boleh menukar keizinan kemudian dan anda boleh menghentikan semua app daripada meminta keizinan.

Gunakan internet dengan lebih privasi dengan Geganti Peribadi iCloud

Apabila anda melanggan iCloud+, anda boleh menggunakan Geganti Peribadi iCloud (beta) untuk membantu anda menghalang tapak web dan penyedia rangkaian daripada mencipta profil terperinci tentang anda. Apabila Geganti Peribadi iCloud diaktifkan, trafik yang meninggalkan iPhone anda disulitkan dan dihantar menerusi dua geganti internet berasingan. Ini menghalang tapak web daripada melihat alamat IP dan lokasi anda, serta penyedia rangkaian daripada melihat aktiviti pelayaran anda. Tapak web atau penyedia rangkaian tidak akan mengetahui secara serentak tentang anda dan tapak web yang anda lawati. Lihat Aktifkan Geganti Peribadi iCloud pada iPhone anda.

Untuk mendapatkan sokongan diperibadikan untuk amalan ini, pergi ke Tapak web Sokongan Apple (tidak tersedia di semua negara atau rantau).

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Apple melindungi maklumat anda, pergi ke Tapak web Privasi.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.