Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Setkan kod laluan pada iPhone

Untuk lebih keselamatan, setkan kod laluan yang perlu dimasukkan untuk membuka kunci iPhone apabila anda menghidupkannya atau membangunkannya. Mengeset kod laluan juga mengaktifkan perlindungan data, yang menyulitkan data iPhone anda dengan penyulitan AES 256 bit. (Sesetengah app mungkin menarik diri daripada perlindungan data.)

Set atau tukar kod laluan

  1. Pergi ke Seting , kemudian lakukan satu daripada yang berikut:

    • Pada iPhone dengan Face ID: Ketik Face ID & Kod Laluan.

    • Pada iPhone dengan butang Utama: Ketik Touch ID & Kod Laluan.

  2. Ketik Aktifkan Kod Laluan atau Tukar Kod Laluan.

    Untuk melihat pilihan bagi mencipta kata laluan, ketik Pilihan Kod Laluan. Pilihan paling selamat ialah Kod Abjad Angka Tersuai atau Kod Numerik Tersuai.

Selepas anda mengesetkan kod laluan, anda boleh gunakan Face ID atau Touch ID untuk membuka kunci iPhone (bergantung pada model anda). Untuk keselamatan tambahan, walau bagaimanapun, anda mesti selalu memasukkan kod laluan anda untuk membuka kunci iPhone ketika dalam keadaan berikut:

  • Anda menghidupkan atau memulakan semula iPhone anda.

  • Anda tidak membuka kunci iPhone anda melebihi 48 jam.

  • Anda tidak membuka kunci iPhone anda dengan kata laluan dalam masa 6.5 hari, serta anda tidak membuka kuncinya dengan Face ID atau Touch ID dalam masa 4 jam terakhir.

  • iPhone anda menerima arahan kunci daripada jauh.

  • Terdapat lima percubaan tidak berjaya untuk membuka kunci iPhone anda dengan Face ID atau Touch ID.

  • Percubaan untuk menggunakan SOS Kecemasan dimulakan (lihat Buat panggilan kecemasan pada iPhone).

  • Percubaan untuk melihat ID Perubatan anda dimulakan (lihat Cipta ID Perubatan).

Tukar waktu iPhone kunci secara automatik

Pergi ke Seting  > Paparan & Kecerahan > Kunci Auto, kemudian setkan tempoh masa.

Padamkan data selepas 10 kali kod laluan gagal

Setkan iPhone untuk memadamkan semua maklumat, media dan seting peribadi selepas 10 percubaan berturutan kod laluan gagal.

  1. Pergi ke Seting , kemudian lakukan satu daripada yang berikut:

    • Pada iPhone dengan Face ID: Ketik Face ID & Kod Laluan.

    • Pada iPhone dengan butang Utama: Ketik Touch ID & Kod Laluan.

  2. Aktifkan Padam Data.

Selepas semua data dipadamkan, anda mesti memulihkan peranti anda daripada sandaran atau sediakannya semula sebagai baharu.

Nyahaktifkan kod laluan

  1. Pergi ke Seting , kemudian lakukan satu daripada yang berikut:

    • Pada iPhone dengan Face ID: Ketik Face ID & Kod Laluan.

    • Pada iPhone dengan butang Utama: Ketik Touch ID & Kod Laluan.

  2. Ketik Nyahaktifkan Kod Laluan.

Reset kod laluan

Jika anda memasukkan kod laluan yang salah sebanyak enam kali berturut-turut, anda akan dikunci keluar daripada peranti dan anda akan menerima mesej yang menyatakan iPhone dinyahdayakan. Jika anda tidak mengingati kod laluan, anda boleh memadamkan iPhone anda dengan komputer atau dengan mod pemulihan, kemudian setkan kod laluan baharu. (Jika anda telah membuat sandaran iCloud atau komputer sebelum anda terlupa kod laluan, anda boleh memulihkan data dan seting anda daripada sandaran.)

Lihat artikel Sokongan Apple Jika anda terlupa kod laluan pada iPhone anda, atau iPhone anda dinyahdayakan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.