Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Besarkan objek di sekitar anda dengan iPhone

Dalam app Kanta Pembesar , anda boleh menggunakan iPhone anda sebagai kanta pembesar untuk zum masuk pada objek berdekatan anda.

Skrin Kanta Pembesar menunjukkan imej dekat bunga.

Aktifkan Kanta Pembesar

Buka app Kanta Pembesar dengan mana-mana cara berikut:

Laraskan imej

  1. Untuk melaraskan zum, seret gelangsar ke kiri atau kanan.

  2. Leret ke atas untuk mendedahkan lebih banyak kawalan. Jika anda tidak melihat kawalan yang anda mahukan, anda boleh menambah lebih kawalan.

  3. Gunakan mana-mana kawalan berikut:

    • Laraskan kecerahan: Ketik butang Kecerahan.

    • Laraskan kontras: Ketik butang Kontras.

    • Gunakan penapis warna: Ketik butang Penapis. (Lihat Pilih penapis warna kegemaran anda.)

    • Tambah lagi cahaya: Ketik butang Lampu Suluh untuk mengaktifkan lampu suluh.

    • Kunci fokus: Ketik butang Kunci Fokus.

    • Bertukar ke kamera berbeza: Ketik butang Kamera untuk bertukar kepada kamera depan atau belakang. Pada iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max, anda juga boleh memilih Syot Dekat apabila anda perlu melihat sesuatu yang sangat kecil pada objek di hadapan anda.

Kesan orang di sekeliling anda

Pada iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max, ketik butang Pengesanan Orang untuk mengesan orang dan membantu anda mengekalkan jarak fizikal atau sosial daripada orang lain. Lihat Kesan orang di sekeliling anda menggunakan Kanta Pembesar pada iPhone.

Bekukan bingkai

Anda boleh membekukan satu atau lebih bingkai dan menyemaknya semula.

Nota: Bingkai beku tidak disimpan pada Foto.

  1. Ketik butang Bekukan Bingkai.

  2. Untuk membekukan lebih banyak bingkai, ketik butang Masuk Berbilang Tangkapan, tempatkan semula kamera, kemudian ketik butang Tambah.

  3. Untuk menyemak semula bingkai beku, ketik Lihat, kemudian ketik bingkai yang anda mahu lihat.

  4. Untuk kembali ke kanta langsung, ketik Tamat.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.