Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan kawalan terbina dalam kenderaan anda untuk mengawal CarPlay

CarPlay berfungsi dengan kawalan terbina dalam kenderaan anda—sebagai contoh, skrin sentuh, pengawal tombol bulat, atau touchpad. Untuk mempelajari cara untuk mengendalikan paparan anda, lihat panduan pengguna yang disertakan dengan kenderaan anda. (Anda juga boleh menggunakan Siri untuk mengawal CarPlay).

Utama CarPlay menunjukkan ikon untuk Telefon, Muzik, Peta, Mesej, Kini Dimainkan, Podcast, Buku Audio dan Kalendar.
  • Buka app: Ketik app pada skrin sentuh, atau pusingkan pengawal tombol bulat untuk memilih app, kemudian tekan tombol.

  • Bertukar antara Papan Pemuka CarPlay dan Utama CarPlay: Papan Pemuka CarPlay memaparkan beberapa item yang anda mungkin mahu lihat atau kawal, seperti arah memandu, main balik audio dan cadangan daripada Siri. Utama CarPlay menunjukkan semua app CarPlay anda disusun dalam halaman.

    Untuk pergi ke Utama CarPlay, ketik butang Utama pada skrin sentuh, atau pusingkan pengawal tombol bulat untuk memilih butang Utama, kemudian tekan tombol.

    Untuk pergi ke Papan Pemuka CarPlay, ketik butang Papan Pemuka, atau pusingkan pengawal tombol bulat untuk memilih butang Papan Pemuka, kemudian tekan tombol.

  • Kembali ke Skrin Utama kenderaan anda: Pilih ikon dengan logo kenderaan anda jika ia kelihatan pada Utama CarPlay atau, jika tersedia, butang Utama fizikal pada radio anda.

  • Kembali ke app terbaru digunakan: Ketik ikon pada pinggir skrin sentuh, atau pusingkan pengawal tombol bulat ke ikon, kemudian tekan tombol.

  • Lihat app tambahan: Jika anda mempunyai lebih daripada lapan app, sesetengah mungkin kelihatan pada halaman lain pada Utama CarPlay. Untuk melihatnya, leret ke kiri pada skrin sentuh, atau putar tombol putaran. (Lihat Gunakan app lain dengan CarPlay.)

  • Skrol menerusi senarai dengan cepat: Ketik huruf dalam senarai di sebelah kanan skrin sentuh, atau pusing pengawal tombol bulat.

  • Kawal main balik audio: Gunakan kawalan main balik audio pada Papan Pemuka CarPlay. Atau daripada Utama CarPlay, pilih Kini Dimainkan untuk melihat dan mengawal app audio semasa.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.