Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sediakan domain e-mel tersuai dengan iCloud Mail pada iPhone

Apabila anda melanggan iCloud+, anda boleh menambah sehingga lima domain e-mel tersuai dan mencipta alamat e-mel untuk domain tersebut pada iPhone anda (iOS 15.4 atau lebih baharu). Kemudian, anda boleh menghantar dan menerima mel dalam app Mail pada iPhone, iPad, iPod touch dan Mac anda, dalam akaun Mail anda pada iCloud.com dan dalam app e-mel pada komputer Windows.

Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat Peribadikan Mail iCloud dengan domain e-mel tersuai dan berkongsi dengan keluarga dalam Panduan Pengguna iCloud.

Nota: Pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada setiap peranti. Jika anda mempunyai peranti yang anda tidak daftar masuk dengan Apple ID anda atau ciri Mail dinyahaktifkan, anda tidak akan dapat melihat domain e-mel tersuai dan mel anda pada peranti tersebut.

Tambah domain e-mel tersuai ke Mail iCloud

Anda boleh menambah domain e-mel tersuai yang anda miliki ke iCloud. Jika anda sudah mempunyai alamet e-mel di domain tersebut, anda boleh mengkonfigurasikannya semasa persediaan. Jika belum, anda boleh mencipta alamat e-mel selepas anda menambah domain ke iCloud.

Nota: Anda perlu mempunyai alamat Mail iCloud utama sebelum anda boleh menambahkan domain e-mel tersuai pada iPhone. Lihat Cipta alamat e-mel utama untuk Mail iCloud dalam Panduan Pengguna iCloud.

  1. Pergi ke Seting  > [nama anda] > iCloud > Mail iCloud, kemudian pastikan Mail iCloud diaktifkan.

  2. Ketik Domain E-mel Tersuai.

    Ikuti arahan pada skrin, kemudian ketik Tambah Domain.

  3. Ikuti arahan atas skrin untuk menyelesaikan persediaan domain anda.

  4. Selepas anda menyediakan domain anda, ikuti arahan atas skrin untuk log masuk ke pendaftar yang anda beli domain, kemudian ketik Sambung untuk mengesahkan domain anda. Ini biasanya mengambil masa beberapa minit, tetapi boleh mengambil masa sehingga 24 jam.

    Sesetengah pendaftar memerlukan anda menukar rekod DNS untuk mengesetkan domain anda. Lihat Artikel Sokongan Apple Sediakan domain sedia ada dengan Mail iCloud.

Cipta dan padam alamat e-mel

Selepas anda menambah domain e-mel tersuai, anda boleh mencipta dan memadam alamat e-mel untuk domain tersebut dengan mudah.

  1. Pergi ke Seting  > [nama anda] > iCloud > Mail iCloud, kemudian pastikan Mail iCloud diaktifkan.

  2. Ketik Domain E-mel Tersuai, kemudian ketik domain yang anda mahu buat perubahan.

  3. Ketik Urus Alamat E-mel, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

    • Tambah alamat e-mel baharu: Ketik Cipta Alamat E-mel, masukkan alamat baharu, kemudian ketik Teruskan.

    • Padam alamat e-mel: Leret ke kiri pada alamat e-mel, ketik Padam, kemudian ketik Keluarkan.

Keluarkan domain e-mel tersuai

Jika anda tidak lagi mahu menggunakan domain e-mel tersuai, anda boleh mengeluarkannya menggunakan iPhone anda. Apabila anda mengeluarkan domain e-mel tersuai, anda tidak boleh menghantar atau menerima e-mel untuk sebarang alamat pada domain tersebut dalam Mail iCloud.

  1. Pergi ke Seting  > [nama anda] > iCloud > Mail iCloud.

  2. Ketik Domain E-mel Tersuai, kemudian ketik Edit di sebelah Domain Anda.

  3. Ketik butang Padam, kemudian ketik Padam.

  4. Jika anda memindahkan domain anda ke penyedia baharu, pastikan anda melakukan yang berikut:

    • Pergi ke pendaftar domain anda untuk mengemas kini rekod domain kepada penyedia e-mel baharu anda dan keluarkan rekod yang berkaitan dengan iCloud.

    • Sediakan sebarang alamat e-mel yang anda mahu terus gunakan dengan penyedia baharu anda.

Nota: Apabila ada mengeluarkan domain e-mel tersuai, anda masih boleh menghantar dan menerima e-mel daripada alamat @icloud.com utama anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.