Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Mainkan muzik dengan CarPlay

Gunakan Siri atau buka Muzik dalam CarPlay untuk memainkan muzik yang tersedia pada iPhone anda—termasuk lagu, artis, album, senarai main dan Radio.

Siri: Sebutkan sesuatu seperti:

  • "Mari dengar senarai main Akustik"

  • “Mainkan ‘Bunga’ oleh Altimet”

  • “Mainkan lebih banyak lagu seperti ini”

  • “Mainkan baki album ini”

  • "Langkau lagu ini"

  • “Ulang lagu ini”

  • “Rombak senarai main ini”

  • “Tala radio Fly FM”

Ketahui cara meminta Siri

Jika Siri tidak menemui apa yang anda minta, pastikan anda bertanya dengan lebih terperinci. Sebagai contoh, sebut “Mainkan stesen radio ‘Pure Pop’” berbanding menyebut “Mainkan‘Pure Pop’”.

Skrin CarPlay menunjukkan kumpulan lagu terbaru ditambah.

Anda juga boleh menggunakan kawalan pada stereng kenderaan anda, butang pada skrin Kini Dimainkan dan Papan Pemuka CarPlay untuk mengawal main balik muzik.

Nota: Jika anda melihat Papan Pemuka CarPlay, ketik butang Utama untuk melihat halaman semua app CarPlay anda, termasuk Muzik.

Butang

Perihalan

Butang Jeda.

Menjeda main balik.

Butang Main.

Memainkan lagu semasa.

Butang Seterusnya.

Melangkau ke lagu seterusnya. Apabila ditekan dan ditahan, maju pantas menerusi lagu semasa.

Butang Sebelumnya.

Kembali ke permulaan lagu. Apabila ditekan lagi, kembali ke lagu sebelumnya. Apabila ditekan dan ditahan, putar balik menerusi lagu semasa.

Butang Rombak.

Mainkan lagu dalam tertib rawak.

Butang Ulang.

Ulang berterusan lagu semasa.

Butang Lagi.

Paparkan kawalan untuk mencipta stesen tersuai berdasarkan lagu semasa dan untuk menilai lagu semasa.

Seterusnya

Paparkan senarai lagu yang dibariskan untuk main balik. (Anda boleh memilih lagu dari senarai untuk melangkau lagu seterusnya.)

Pada sesetengah sistem, Kini Dimainkan memaparkan sebahagian daripada senarai pilihan semasa anda memandu. Untuk memilih pilihan yang tiada dalam senarai, pilih Lagi di bahagian bawah skrin, atau gunakan Siri dengan menekan dan menahan butang perintah suara pada stereng anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.