Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kongsi nota dan bekerjasama pada iPhone

Dalam app Nota , anda boleh menghantar salinan nota kepada rakan. Anda juga boleh menjemput orang untuk bekerjasama pada nota atau pada folder nota dalam iCloud dan semua orang akan melihat perubahan terbaharu.

Hantar salinan nota

  1. Buka nota yang anda mahu kongsi.

  2. Ketik butang Tindakan Nota, ketik Hantar Salinan, kemudian pilih cara untuk menghantar nota anda.

Bekerjasama pada nota

Apabila anda berkongsi nota dalam iCloud, semua kolaborator melihat perubahan semua orang. Semua orang yang anda kongsikan mestilah mendaftar masuk dengan Apple ID mereka untuk mengedit atau melihat nota.

Nota: Anda tidak boleh bekerjasama pada nota yang dikunci.

  1. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Dalam senarai nota, leret ke kiri pada nota yang anda mahu kongsikan, kemudian ketik butang Kongsi Nota.

    • Buka nota yang anda mahu kongsikan, ketik butang Tindakan Nota, kemudian ketik Kongsi Nota.

  2. Ketik Pilihan Perkongsian, kemudian pilih “Boleh membuat perubahan” atau “Lihat sahaja”. Jika anda memilih “Boleh membuat perubahan”, anda juga boleh membenarkan kolaborator menjemput kolaborator lain.

  3. Pilih cara menghantar jemputan anda (sebagai contoh, menggunakan Mail atau Mesej).

Lihat aktiviti dalam nota

Dalam senarai nota, titik jingga di sebelah kiri tajuk nota menunjukkan nota telah diubah sejak kali terakhir anda melihatnya.

  1. Buka nota, kemudian leret ke kanan pada nota atau leret ke atas pada kad Aktiviti untuk melihat orang yang membuat perubahan dan masa perubahan dibuat.

  2. Untuk melaraskan cara aktiviti ditunjukkan, ketik butang Lihat Peserta, kemudian pilih mana-mana daripada berikut:

    • Tunjukkan Kemas Kini: Menunjukkan perubahan yang dilakukan sejak kali terakhir anda membuka nota.

    • Tunjukkan Semua Aktiviti: Menunjukkan semua aktiviti dalam nota.

    • Tunjukkan Serlahan: Menunjukkan nama, tarikh dan perubahan yang dilakukan oleh setiap kolaborator.

Petua: Untuk menyebut kolaborator dan memaklumkan mereka tentang kemas kini penting, taipkan tanda @ diikuti nama mereka.

Bekerjasama pada folder

Apabila anda berkongsi folder nota dalam iCloud, semua kolaborator melihat perubahan semua orang. Orang yang dibenarkan untuk membuat perubahan boleh mencipta atau mengedit nota, menambah lampiran dan mencipta subfolder jika mereka menggunakan iCloud.

Nota: Anda tidak boleh bekerjasama pada folder dengan nota yang dikunci.

  1. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Dalam senarai nota, leret ke kiri pada folder yang anda mahu kongsikan, kemudian ketik butang Kongsi Nota.

    • Buka folder yang anda mahu kongsikan, ketik butang Tindakan Folder, kemudian ketik Kongsi Folder.

  2. Ketik Pilihan Perkongsian, kemudian pilih “Boleh membuat perubahan” atau “Lihat sahaja”. Jika anda memilih “Boleh membuat perubahan”, anda juga boleh membenarkan kolaborator menjemput kolaborator lain.

  3. Pilih cara menghantar jemputan anda (sebagai contoh, menggunakan Mail atau Mesej).

Lihat aktiviti dalam folder

Sentuh dan tahan folder, kemudian ketik Tunjukkan Aktiviti Folder.

Tambah atau keluarkan kolaborator atau berhenti berkerjasama

Ketik butang Tindakan Nota, ketik Urus Nota Dikongsi atau Urus Folder Dikongsi, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Tambah orang: Pilih pilihan perkongsian.

  • Keluarkan orang: Leret ke kiri pada kolaborator yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik Keluarkan.

  • Tukar keizinan: Ketik Pilihan Perkongsian, kemudian pilih “Boleh membuat perubahan” atau “Lihat sahaja”. Jika anda memilih “Boleh membuat perubahan”, anda juga boleh membenarkan kolaborator menjemput kolaborator lain.

  • Berhenti berkongsi: Apabila anda memilih pilihan ini, nota atau folder dikongsi dipadamkan daripada peranti peserta lain.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.