Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lihat sejarah tidur anda dalam Kesihatan pada iPhone

Data tidur dalam app Kesihatan menyediakan cerapan tentang tabiat tidur anda.

  1. Ketik Layari di bahagian kanan bawah, kemudian ketik Tidur.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Lihat data tidur mengikut minggu atau bulan: Ketik tab di bahagian atas skrin.

    • Tukar rentang masa yang dipaparkan dalam graf: Leret graf ke kiri atau ke kanan.

    • Lihat butiran untuk sehari: Ketik lajur untuk hari.

    • Tambah data tidur secara manual: Ketik Tambah Data di penjuru kanan atas skrin.

    • Dapatkan data tidur terkumpul: Ketik Tunjukkan Lagi Data Tidur.

Jika anda menyediakan jadual tidur, Masa di Katil mencerminkan tempoh masa anda berbaring di atas katil dengan tujuan untuk tidur. iPhone menjejaki masa anda di katil dengan menganalisis masa anda mengangkat dan menggunakan iPhone anda. Anda juga boleh mengetik Pilihan di bahagian bawah skrin Fokus Tidur, menyahaktifkan Jejak Masa di Katil dengan iPhone dan memasukkan masa anggaran di katil anda sendiri secara manual. Anda boleh gunakan app penjejak tidur atau monitor tidur disambung untuk membantu anda menentukan jumlah masa anda di katil.

Untuk mendapatkan maklumat tentang pengumpulan data daripada penjejak atau monitor tidur, lihat Data Kesihatan dikumpulkan daripada app dan peranti lain.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.