Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tambah dan gunakan maklumat kenalan pada iPhone

Dalam app Kenalan , anda boleh melihat dan mengedit senarai kenalan anda daripada akaun peribadi, perniagaan dan lain-lain. Anda juga boleh mencipta kenalan dan menyediakan kad kenalan dengan maklumat anda sendiri.

Siri: Sebutkan sesuatu seperti:

  • "Apakah alamat kerja adik saya?"

  • “Liyana Rahim ialah adik perempuan saya”

  • "Hantar mesej kepada adik perempuan saya"

Ketahui cara meminta Siri

Cipta kenalan

Ketik butang Tambah.

Siri juga mencadangkan kenalan baharu berdasarkan penggunaan app lain anda, seperti e-mel yang anda terima dalam Mail dan jemputan yang anda terima dalam Kalendar. (Untuk menyahaktifkan ciri ini, pergi ke Seting  > Kenalan > Siri & Carian, kemudian nyahaktifkan Tunjukkan Cadangan Siri untuk Kenalan.)

Berdasarkan cara anda menggunakan Kenalan, Siri juga menyediakan cadangan maklumat kenalan dalam app lain. (Untuk menyahaktifkan ciri ini, pergi ke Seting  > Kenalan > Siri & Carian, kemudian nyahaktifkan Belajar daripada App ini.) Lihat Cadangan Siri pada iPhone.

Cari kenalan

Ketik medan carian di bahagian atas senarai kenalan, kemudian masukkan nama, alamat, nombor telefon, atau maklumat kenalan lain.

Anda juga boleh mencari kenalan anda menggunakan Cari (lihat Gunakan iPhone untuk mencari).

Kongsi kenalan

Ketik kenalan, ketik Kongsi Kenalan, kemudian pilih kaedah untuk menghantar maklumat kenalan.

Berkongsi kenalan akan menghantar semua info daripada kad kenalan tersebut.

Capai kenalan dengan cepat

Untuk memulakan mesej, buat panggilan telefon atau FaceTime, karang e-mel, atau hantar wang dengan Apple Pay, ketik butang di bawah nama kenalan.

Skrin info untuk kenalan. Di bahagian atas ialah foto dan nama kenalan. Di bawah ialah butang untuk menghantar mesej, membuat panggilan telefon, membuat panggilan FaceTime, menghantar mesej e-mel dan menghantar wang dengan Apple Pay. Di bawah butang ialah maklumat kenalan.

Untuk menukar nombor telefon atau alamat e-mel lalai untuk kaedah kenalan, sentuh dan tahan butang untuk kaedah tersebut di bawah nama kenalan, kemudian ketik pilihan dalam senarai.

Padam kenalan

  1. Pergi ke kad kenalan, kemudian ketik Edit.

  2. Skrol ke bawah, kemudian ketik Padam Kenalan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.