Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Dapatkan nada dering, nada teks dan nada isyarat dalam iTunes Store pada iPhone

Dalam app iTunes Store , anda boleh membeli nada dering, nada teks dan nada isyarat lain untuk penggera jam dan banyak lagi.

Beli nada baharu

  1. Dalam iTunes Store, ketik Lagi, kemudian ketik Nada.

  2. Layari mengikut kategori atau ketik Cari untuk mencari lagu atau artis tertentu.

  3. Ketik nada untuk melihat maklumat lanjut atau memainkan pratonton.

  4. Untuk membeli nada, ketik harga.

Muat turun semula nada dibeli dengan Apple ID anda

Jika anda membeli nada pada peranti lain, anda boleh memuat turunnya lagi.

  1. Pergi ke Seting  > Bunyi & Haptik (pada model disokong) atau Bunyi (pada model iPhone lain).

  2. Di bawah Bunyi dan Corak Getaran, ketik sebarang bunyi.

  3. Ketik Muat Turun Semua Nada Dibeli. Anda mungkin tidak melihat pilihan ini jika anda telah memuat turun semua nada yang anda beli atau jika anda belum membeli sebarang nada.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.