Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar seting app Apple TV pada iPhone

Anda boleh melaraskan seting penstriman dan muat turun untuk app Apple TV . Anda juga boleh menukar cara app Apple TV menggunakan sejarah tontonan anda untuk memberikan pengesyoran yang diperibadikan.

Tukar pilihan penstriman dan muat turun

  1. Pergi ke Seting  > TV.

  2. Pilih pilihan penstriman:

    • Gunakan Data Selular: Nyahaktifkan untuk mengehadkan penstriman ke sambungan Wi-Fi.

    • Selular: Pilih Kualiti Tinggi atau Automatik.

    • Wi-Fi: Pilih Kualiti Tinggi atau Penjimat Data.

      Kualiti tinggi memerlukan sambungan internet yang lebih laju dan menggunakan lebih banyak data.

  3. Pilih pilihan muat turun:

    • Gunakan Data Selular: Nyahaktifkan untuk mengehadkan muat turun ke sambungan Wi-Fi.

    • Selular: Pilih Kualiti Tinggi atau Muat Turun Laju.

    • Wi-Fi: Pilih Kualiti Tinggi atau Muat Turun Laju.

      Kualiti Tinggi menyebabkan muat turun yang lebih perlahan dan menggunakan lebih banyak data.

    • Bahasa: Pilih bahasa. Setiap bahasa audio yang ditambah meningkatkan saiz muat turun. Untuk mengeluarkan bahasa, leret ke kiri pada bahasa yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik Padam.

      Bahasa lalai ialah bahasa utama untuk negara atau rantau anda. Jika anda mengaktifkan Perihalan Audio dalam Seting > Kebolehcapaian, perihalan audio juga dimuat turun.

Gunakan atau kosongkan sejarah tontonan anda

Secara lalai, kandungan yang anda tonton pada iPhone anda mempengaruhi pengesyoran diperibadikan dan baris gilir Seterusnya anda pada semua peranti anda yang anda daftar masuk dengan Apple ID anda.

Anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:

  • Kosongkan sejarah tontonan anda. Ketik Tonton Sekarang, ketik butang Akaun Saya atau gambar profil anda di bahagian kanan atas, kemudian ketik Kosongkan Sejarah Main.

  • Nyahaktifkan ciri pemeribadian berdasarkan sejarah tontonan anda. Pergi ke Seting  > TV, kemudian nyahaktifkan Gunakan Sejarah Main.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.