Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Balas dan majukan e-mel dalam Mail pada iPhone

Dalam app Mail , anda boleh membalas atau memajukan e-mel.

Balas e-mel

  1. Ketik e-mel, ketik butang Tindakan Lanjut, kemudian lakukan satu daripada berikut:

    • Balas hanya kepada pengirim: Ketik Balas.

    • Balas kepada pengirim dan penerima lain: Ketik Balas Semua.

  2. Taipkan balasan anda.

    Petua: Dengan papan kekunci atas skrin, cuba luncurkan jari anda dari satu huruf ke huruf seterusnya untuk menaip, mengangkat jari anda hanya selepas setiap perkataan.

Petik sesetengah teks apabila anda membalas e-mel

Apabila anda membalas e-mel, anda boleh menyertakan teks daripada pengirim untuk menjelaskan perkara yang anda balas.

  1. Dalam e-mel pengirim, sentuh dan tahan perkataan pertama teks, kemudian seret ke perkataan terakhir. (Lihat Pilih, potong, salin dan tampalkan teks pada iPhone.)

  2. Ketik butang Lagi Tindakan, ketik Balas, kemudian taipkan mesej anda.

Untuk menyahaktifkan inden teks petikan, pergi ke Seting  > Mail > Tambah Paras Petikan (di bawah Mengarang), kemudian nyahaktifkan Tambah Paras Petikan.

Majukan e-mel

Anda boleh memajukan e-mel kepada penerima baharu.

  1. Ketik e-mel, ketik butang Lagi Tindakan, kemudian ketik Majukan.

  2. Masukkan alamat e-mel penerima baharu.

  3. Ketik dalam e-mel, kemudian taipkan balasan anda.

    Mesej yang dimajukan kelihatan di bawah.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.