Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Daftar sebagai penderma organ dalam Kesihatan pada iPhone

(A.S. sahaja) Dalam app Kesihatan , daftar untuk menjadi penderma organ, mata, atau tisu dengan Donate Life America. Keputusan anda untuk menderma boleh diakses kepada orang lain dalam ID Perubatan anda. (Jika anda menukar keputusan anda kemudian, anda boleh mengeluarkan pendaftaran anda.)

Ketahui tentang pendermaan organ

  1. Ketik gambar profil atau parap anda di bahagian kanan atas.

    Jika anda tidak melihat gambar profil atau parap anda, ketik Ringkasan atau Layari di bahagian bawah skrin, kemudian skrol ke bahagian atas skrin.

  2. Ketik Pendermaan Organ, kemudian ketik Ketahui Lanjut untuk gambaran keseluruhan pendermaan organ dan Donate Life America.

Mendaftar dengan Donate Life America

  1. Ketik gambar profil atau parap anda di bahagian kanan atas.

    Jika anda tidak melihat gambar profil atau parap anda, ketik Ringkasan atau Layari di bahagian bawah skrin, kemudian skrol ke bahagian atas skrin.

  2. Ketik Daftar dengan Donate Life.

Untuk menukar maklumat penderma anda atau mengeluarkan pendaftaran anda kemudian, ketik gambar profil atau parap anda, ketik Pendermaan Organ, kemudian ketik Edit Pendaftaran Penderma.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.