Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Bekas MagSafe dan karung untuk iPhone

Bekas dan karung MagSafe mengandungi magnet yang menjajarkan iPhone dengan pengecas dan pek bateri MagSafe. Anda boleh memegang dan menggunakan iPhone semasa iPhone dicas. Lihat Pengecas dan pek bateri MagSafe untuk iPhone. (Disokong pada model iPhone 12 dan lebih baharu. Bekas, karung, pengecas dan pek bateri MagSafe dijual secara berasingan.)

Karung Kulit iPhone

Apabila Karung Kulit iPhone meliputi iPhone anda (model iPhone 12 dan lebih baharu), anda boleh melakukan yang berikut tanpa mengalihkan karung:

  • Mendapatkan masa semasa: Jika tetingkap jam gelap, angkat iPhone atau ketik tetingkap.

  • Lihat status pengecasan: Apabila anda mengecas iPhone, tetingkap jam menunjukkan paras bateri dan status pengecasan iPhone.

  • Lihat siapa yang memanggil: Apabila panggilan telefon atau FaceTime masuk, nama atau nombor pemanggil kelihatan pada tetingkap jam.

    Untuk menjawab, keluarkan iPhone daripada karung, kemudian seret gelangsar.

    Atau tanpa mengeluarkan iPhone, gunakan AirPods atau Apple Watch anda (dijual secara berasingan) untuk menjawab panggilan. (Panggilan video FaceTime dijawab dengan video anda dijeda.)

  • Buat bayaran Transit Ekspres: Tempatkan bahagian atas sisi iPhone dalam jarak beberapa sentimeter daripada pembaca tanpa sentuhan di pintu transit. Mesej pengesahan kelihatan dalam tetingkap jam. Lihat Bayar kenderaan anda dengan Transit Ekspres.

    Jika iPhone anda berada dalam mod rizab kuasa Kad Ekspres, mesej pengesahan tidak kelihatan dalam tetingkap jam.

    Jika anda membawa kad transit yang berasingan dalam Karung Kulit iPhone, kad transit anda digunakan untuk bayaran apabila anda menempatkan bahagian depan bawah iPhone berdekatan pembaca tanpa sentuhan.

Apabila iPhone anda berada dalam Karung Kulit iPhone, anda juga boleh menggunakan “Hai Siri”, AirPods anda, Apple Watch anda dan CarPlay untuk membuat panggilan, bertanya soalan dan melakukan tugas yang tidak memerlukan anda untuk melihat atau menyentuh skrin iPhone.

Nota: Jika anda mengeluarkan iPhone anda daripada karung dan melihat masa untuk tetingkap jam dan bukannya Skrin Kunci, ketik butang Tutup di penjuru kanan atas.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.