Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tambah lampiran e-mel dalam Mail pada iPhone

Dalam app Mail , anda boleh melampirkan foto, video dan dokumen ke e-mel. Anda juga boleh mengimbas dokumen kertas dan menghantarnya sebagai lampiran PDF, atau melukis secara terus dalam e-mel dan menghantar lukisan sebagai lampiran. Bergantung pada saiz, lampiran mungkin kelihatan sebaris dengan teks dalam e-mel atau sebagai ikon lampiran di penghujung e-mel.

E-mel draf dikarang dengan pilihan lampiran kelihatan merentas bahagian tengah skrin. Terdapat pilihan untuk memasukkan teks, memasukkan imej, mengambil foto, mengimbas teks langsung, mengimbas dokumen, memasukkan fail yang disimpan, atau lukisan dalam e-mel.

Lampirkan foto, video, atau dokumen ke e-mel

Anda boleh melampirkan dan menghantar dokumen, video dan foto dalam e-mel anda supaya mudah untuk penerima muat turun dan simpan.

  1. Ketik e-mel yang anda mahu masukkan lampiran, kemudian ketik butang Kembangkan Bar Alat di atas papan kekunci.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Lampirkan dokumen: Ketik butang Masukkan Lampiran di bahagian atas papan kekunci, kemudian cari dokumen dalam Fail.

      Dalam Fail, ketik Layari atau Terbaharu di bahagian bawah skrin, kemudian ketik fail, lokasi, atau folder untuk membukanya.

    • Lampirkan foto atau video disimpan: Ketik butang Masukkan Foto di bahagian atas papan kekunci, kemudian pilih foto atau video.

    • Ambil foto atau video baharu dan lampirkannya ke e-mel: Ketik butang Ambil Foto atau Video di atas papan kekunci, kemudian ambil foto atau video baharu. Ketik Gunakan Foto atau Gunakan Video untuk memasukkannya ke dalam e-mel anda, atau ketik Ambil Semula jika anda mahu menangkap gambar atau video semula.

Nota: Jika fail anda melebihi saiz maksimum yang dibenarkan oleh akaun e-mel anda, ikuti arahan atas skrin untuk menghantarnya menggunakan Mail Drop. Lihat artikel Sokongan Apple Had Mail Drop.

Imbas dan lampirkan dokumen ke e-mel

Anda boleh mengimbas dokumen kertas dan menghantarnya sebagai PDF.

  1. Ketik dalam e-mel di tempat anda mahu memasukkan dokumen diimbas, kemudian ketik butang Kembangkan Bar Alat di atas papan kekunci.

  2. Ketik butang Imbas Dokumen di bahagian atas papan kekunci.

  3. Tempatkan iPhone supaya halaman dokumen kelihatan pada skrin, iPhone menangkap halaman secara automatik.

    Untuk menangkap halaman secara manual, ketik butang Ambil Gambar atau tekan butang kelantangan. Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan denyar, ketik butang Tunjukkan Seting Denyar.

  4. Imbas halaman tambahan, kemudian ketik Simpan apabila anda selesai.

  5. Untuk membuat perubahan kepada imbasan disimpan, ketiknya, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Pangkas imej: Ketik butang Pangkas.

    • Gunakan penapis: Ketik butang Tunjukkan Seting Penapis.

    • Putar imej: Ketik butang Putar.

    • Padamkan imbasan: Ketik butang Sampah.

Cipta dan lampirkan lukisan ke e-mel anda

Anda boleh melukis dalam e-mel untuk mendemonstrasikan idea yang sukar diterangkan dengan perkataan. Lukisan anda ditambah ke e-mel sebagai lampiran kepada penerima untuk dilihat dan dimuat turun.

  1. Ketik dalam e-mel di tempat anda mahu memasukkan lukisan, kemudian ketik butang Kembangkan Bar Alat di atas papan kekunci.

  2. Ketik butang Penanda untuk menunjukkan bar alat Penanda.

  3. Pilih alat melukis dan warna, kemudian tulis atau lukis dengan jari anda.

    Lihat Lukis dalam app dengan Penanda.

  4. Apabila anda selesai, ketik Selesai, kemudian ketik Masukkan Lukisan.

Untuk meneruskan kerja pada lukisan, ketik lukisan dalam e-mel, kemudian ketik butang Penanda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.