Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan AirPods dengan iPhone

Selepas anda memasangkan AirPods dengan iPhone, anda boleh menggunakan AirPods untuk mendengar audio dimainkan pada iPhone, membuat dan menjawab panggilan, mendengar dan membalas mesej, mendengar peringatan apabila anda memerlukannya, mendengar perbualan dengan lebih mudah dalam persekitaran yang bising dan banyak lagi.

Pasangkan AirPods dengan iPhone anda

  1. Pada iPhone, pergi ke Seting  > Bluetooth, kemudian aktifkan Bluetooth.

  2. Pergi ke Skrin Utama pada iPhone anda.

  3. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • AirPods (generasi pertama, ke-2 dan ke-3) atau AirPods Pro: Buka bekas dengan AirPods anda di dalam, kemudian pegangnya bersebelahan iPhone anda (iOS 15.1 atau lebih baharu diperlukan untuk AirPods generasi ke-3).

    • AirPods Max: Keluarkan AirPods Max anda dari Smart Case, kemudian pegang AirPods Max di sebelah iPhone anda.

  4. Ikuti arahan pada skrin, kemudian ketik Selesai.

    Nota: Jika arahan atas skrin untuk memasangkan AirPods Max anda tidak kelihatan, pergi ke Seting > Bluetooth, kemudian pilih AirPods Max anda. Jika lampu status tidak berkelip warna putih pada AirPods Max, tekan dan tahan butang kawalan bunyi sehingga ia berkelip.

AirPods anda dipasangkan secara automatik dengan semua peranti yang disokong yang anda daftar masuk dengan Apple ID yang sama (iOS 10, iPadOS 13, macOS 10.12, watchOS 3, atau lebih baharu diperlukan).

Nota: Jika anda tidak boleh memasangkan AirPods anda, lihat artikel Sokongan Apple Jika AirPods anda tidak bersambung.

Lakukan banyak lagi dengan AirPods dan iPhone anda

Lihat Panduan Pengguna AirPods untuk mendapatkan arahan terperinci tentang cara memanfaatkan sepenuhnya daripada AirPods anda.

Untuk mendapatkan maklumat tentang melindungi pendengaran daripada kelantangan tinggi semasa mendengar AirPods dengan iPhone, lihat Gunakan ciri paras audio fon kepala pada iPhone.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.