Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Nyahaktifkan penggera dan padamkan jadual tidur dalam Kesihatan pada iPhone

Dalam app Kesihatan , anda boleh menyahaktifkan penggera bangun anda yang dijadualkan dan anda boleh menyahaktifkan atau memadamkan jadual tidur anda.

Nyahaktifkan semua jadual dan penggera tidur

Selepas anda mencipta satu atau lebih jadual tidur, anda boleh menyahaktifkan semua jadual sekaligus. Apabila semua jadual tidur dinyahaktifkan, penggera bangun yang dijadualkan juga dinyahaktifkan.

  1. Ketik Layari di bahagian kanan bawah, kemudian ketik Tidur.

  2. Skrol ke bawah pada Jadual Anda.

  3. Ketik Jadual & Pilihan Penuh, kemudian nyahaktifkan Jadual Tidur (di bahagian atas skrin).

    Anda boleh mengaktifkan semua jadual semula kemudian.

Nota: Untuk menyahaktifkan penggera yang anda setkan dalam app Jam, lihat Nyahaktifkan penggera biasa.

Padamkan jadual tidur dan penggera jadual

  1. Ketik Layari di bahagian kanan bawah, kemudian ketik Tidur.

  2. Skrol ke bawah ke Jadual Anda, kemudian ketik Jadual & Pilihan Penuh.

  3. Ketik Edit untuk jadual yang anda mahu padamkan.

  4. Ketik Padamkan Jadual (di bahagian bawah skrin).

  5. Ketik Selesai.

Nyahaktifkan penggera untuk jadual tidur secara kekal

  1. Ketik Layari di bahagian kanan bawah, kemudian ketik Tidur.

  2. Skrol ke bawah ke Jadual Anda, kemudian ketik Jadual & Pilihan Penuh.

  3. Ketik Edit untuk jadual tidur yang anda mahu tukar.

  4. Nyahaktifkan Penggera Bangun.

    Anda boleh mengaktifkan penggera semula kemudian.

  5. Ketik Selesai.

Jadual tidur anda yang lain kekal berkuat kuasa.

Nyahaktifkan penggera bangun anda yang seterusnya sahaja

  1. Ketik Layari di bahagian kanan bawah, kemudian ketik Tidur.

  2. Skrol ke bawah ke Jadual Anda, kemudian ketik Edit (di bawah Seterusnya).

  3. Nyahaktifkan Penggera Bangun.

  4. Ketik Selesai.

Selepas masa bangun anda yang seterusnya, penggera bangun biasa anda akan diteruskan.

Nota: Anda juga boleh menggunakan app Jam untuk menukar penggera bangun anda yang seterusnya.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.