Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Nyahaktifkan penggera dan padamkan jadual tidur dalam Kesihatan pada iPhone

Dalam app Kesihatan , anda boleh menyahaktifkan penggera anda yang dijadualkan dan menyahaktifkan atau memadamkan jadual tidur anda.

Nyahaktifkan semua jadual dan penggera tidur

Selepas anda mencipta satu atau lebih jadual tidur, anda boleh menyahaktifkan semua jadual sekaligus. Apabila semua jadual tidur dinyahaktifkan, penggera yang dijadualkan juga dinyahaktifkan.

  1. Ketik Layari di bahagian kanan bawah, kemudian ketik Tidur.

  2. Skrol ke bawah pada Jadual Anda.

  3. Ketik Jadual & Pilihan Penuh, kemudian nyahaktifkan Jadual Tidur (di bahagian atas skrin).

    Skrin tidur Jadual Penuh dalam Kesihatan dengan Jadual Tidur diaktifkan di bahagian atas.

    Anda boleh mengaktifkan semua jadual semula kemudian.

Nota: Untuk menyahaktifkan penggera yang anda setkan dalam app Jam, lihat Nyahaktifkan penggera.

Padamkan jadual tidur dan penggera jadual

  1. Ketik Layari di bahagian kanan bawah, kemudian ketik Tidur.

  2. Skrol ke bawah ke Jadual Anda, kemudian ketik Jadual & Pilihan Penuh.

  3. Ketik Edit untuk jadual yang anda mahu padamkan.

  4. Ketik Padamkan Jadual (di bahagian bawah skrin).

Nyahaktifkan penggera untuk jadual tidur secara kekal

  1. Ketik Layari di bahagian kanan bawah, kemudian ketik Tidur.

  2. Skrol ke bawah ke Jadual Anda, kemudian ketik Jadual & Pilihan Penuh.

  3. Ketik Edit untuk jadual tidur yang anda mahu tukar.

  4. Nyahaktifkan Penggera.

    Anda boleh mengaktifkan penggera semula kemudian.

  5. Ketik Selesai.

Jadual tidur anda yang lain kekal berkuat kuasa.

Nyahaktifkan penggera anda yang seterusnya sahaja

  1. Ketik Layari di bahagian kanan bawah, kemudian ketik Tidur.

  2. Skrol ke bawah ke Jadual Anda, kemudian ketik Edit (di bawah Seterusnya).

  3. Nyahaktifkan Penggera.

    Skrin Bangun Seterusnya Sahaja dalam Kesihatan dengan Penggera dinyahaktifkan di bahagian bawah.
  4. Ketik Selesai.

Selepas masa bangun anda yang seterusnya, penggera biasa anda diteruskan.

Nota: Anda juga boleh menggunakan app Jam untuk menukar penggera jadual tidur anda yang seterusnya.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.