Cipta Pelan Tersuai dalam Apple Fitness+ pada iPhone

Dalam Apple Fitness+, anda boleh mencipta Pelan Tersuai yang sepadan dengan jadual anda dan membantu anda kekal dalam landasan matlamat kecergasan anda. Anda boleh menambah pelbagai aktiviti yang berbeza pada Pelan Tersuai anda, termasuk HIIT, yoga, kekuatan, meditasi dan banyak lagi.

Bina Pelan Tersuai anda

Skrin Pelan Tersuai, menunjukkan seting untuk memilih jadual mingguan dan tempoh pelan. Jenis aktiviti yang tersedia dan butang Semak Pelan berada di bahagian bawah.
  1. Buka app Kecergasan pada iPhone anda, kemudian ketik Fitness+.

  2. Ketik Bina Pelan Anda, kemudian lakukan yang berikut:

    • Pilih jadual mingguan anda: Ketik hari yang anda mahu berlatih.

    • Pilih jumlah tempoh latihan anda: Ketik tempoh bersebelahan Jumlah Masa Sehari.

    • Pilih tempoh anda mahu pelan anda dijalankan: Ketik tempoh bersebelahan Tempoh Pelan.

    • Pilih jenis aktiviti yang anda mahu lakukan: Ketik sehingga 5 aktiviti.

      Nota: Anda mungkin perlu meningkatkan jumlah tempoh latihan dan bilangan hari anda mahu berlatih setiap minggu untuk menyertakan lebih banyak aktiviti dalam Pelan Tersuai anda.

  3. Ketik Semak Pelan, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Pilih masa untuk memulakan pelan: Ketik tarikh mula di bawah Semak Pelan.

    • Tukar aktiviti dalam pelan anda: Leret ke kiri pada jadual mingguan anda untuk menyemak jenis aktiviti yang ditampilkan dalam pelan anda.

      Ketik aktiviti untuk menukar jenis dan seting aktiviti, kemudian ketik Kemas Kini.

    • Tambah aktiviti ke pelan anda: Jika anda mahu menambahkan aktiviti tambahan ke salah satu hari dalam pelan anda, leret ke kiri pada hari, kemudian ketik Tambah. Ketik aktiviti untuk menukar jenis aktiviti dan setingnya, kemudian ketik Tambah.

    • Pilih keutamaan untuk jurulatih dan muzik: Ketik Jurulatih atau Muzik di bawah keutamaan untuk memilih jenis jurulatih atau genre muzik yang anda mahu tampilkan dalam pelan anda.

  4. Apabila anda selesai, ketik Cipta Pelan.

Ubah suai Pelan Tersuai anda

Selepas anda mencipta Pelan Tersuai, anda boleh menukar aktiviti yang telah dijadualkan untuk anda berdasarkan keutamaan anda.

  1. Buka app Kecergasan pada iPhone anda, kemudian ketik Fitness+.

  2. Ketik Lihat Pelan, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Namakan semula pelan anda: Ketik butang Lagi, kemudian ketik Namakan Semula Pelan.

    • Semak latihan dalam pelan anda: Leret ke kiri untuk melihat semua aktiviti yang dijadualkan dalam setiap minggu pada pelan anda.

    • Tukar latihan: Ketik butang Tukar bersebelahan aktiviti, kemudian ketik latihan baharu untuk menggantikannya.

      Nota: Anda hanya boleh menukar latihan pada hari yang anda mempunyai aktiviti dijadualkan.

Mulakan Pelan Tersuai anda

  1. Buka app Kecergasan pada iPhone anda, kemudian ketik Fitness+.

  2. Ketik Jom di bawah Pelan Anda, kemudian ketik Butang Main.

Nota: Apabila anda memulakan Pelan Tersuai, anda menerima peringatan untuk bermula. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pemberitahuan Kecergasan, lihat Tukar pemberitahuan kecergasan pada iPhone.

Padam Pelan Tersuai anda

  1. Buka app Kecergasan pada iPhone anda, kemudian ketik Fitness+.

  2. Ketik Lihat Pelan, ketik butang Lagi, kemudian ketik Tamatkan Pelan.

Selepas anda memadamkan Pelan Tersuai, anda boleh memulakannya semula pada bila-bila masa. Skrol ke bawah pada Pustaka Saya, ketik Pelan Tersuai, ketik pelan di bawah Pelan Tersuai Sebelumnya, kemudian ketik Ulang Pelan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.