Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Mainkan audio daripada iPhone pada HomePod dan speaker wayarles lain

Anda boleh memainkan audio daripada iPhone pada peranti wayarles seperti HomePod, Apple TV, TV pintar didayakan AirPlay 2 dan fon kepala dan speaker Bluetooth®.

Main audio daripada iPhone pada peranti wayarles

  1. Pada iPhone anda, buka app audio, seperti Podcast atau Muzik , kemudian pilih item untuk dimainkan.

  2. Ketik butang Destinasi Main Balik, kemudian pilih destinasi main balik.

    Nota: Jika peranti didayakan AirPlay 2 anda tidak kelihatan dalam senarai destinasi main balik, pastikan peranti berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama. Dengan peranti Bluetooth, destinasi main balik kembali ke iPhone jika anda mengalihkan peranti keluar daripada julat Bluetooth.

Untuk memilih destinasi main balik, anda juga boleh mengetik butang Destinasi Main Balik pada Skrin Kunci atau dalam Pusat Kawalan.

Nota: Untuk mendapatkan maklumat tentang menyediakan peranti audio Bluetooth, lihat Pasangkan fon kepala Bluetooth, kit kereta, pengawal permainan, atau peranti lain.

Mainkan audio pada berbilang peranti yang didayakan AirPlay 2

Dengan AirPlay 2 dan iPhone, anda boleh memainkan audio pada berbilang peranti didayakan AirPlay 2 yang bersambung pada rangkaian Wi-Fi yang sama. Sebagai contoh, anda boleh memainkan senarai main parti pada speaker HomePod dalam bilik tamu dan dapur, pada Apple TV dalam bilik tidur dan pada TV pintar didayakan AirPlay 2 dalam den.

Siri: Sebutkan sesuatu seperti:

  • “Berhenti memainkan muzik di mana-mana sahaja”

  • “Setkan kelantangan bilik makan kepada 10 peratus”

  • “Apa yang bermain di dapur?”

  • “Mainkan lagu yang saya suka di dapur”

  • “Tambah speaker ruang tamu”

  • “Keluarkan muzik daripada dapur”

  • “Pindahkan muzik ke den”

Anda juga boleh memilih destinasi main balik daripada skrin iPhone.

  1. Ketik butang Destinasi Main Balik dalam Pusat Kawalan, pada Skrin Kunci, atau pada skrin Kini Dimainkan untuk app yang anda sedang dengari.

  2. Pilih setiap peranti yang anda mahu gunakan.

Nota: Peranti yang disusun dalam pasangan stereo dianggap sebagai peranti audio tunggal.

Serahkan audio daripada iPhone ke HomePod

Semasa memainkan audio daripada Muzik, Podcast, atau app audio lain, bawa iPhone berdekatan bahagian atas HomePod.

Penyerahan audio memerlukan keperluan berikut:

  • Anda mesti mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada kedua-dua peranti.

  • Pada iPhone, anda telah mengaktifkan Wi-Fi dan Handoff.

  • iPhone dan HomePod mesti berada dalam rumah HomeKit yang sama dan pada rangkaian Wi-Fi yang sama.

  • Peranti anda mesti mempunyai Bluetooth diaktifkan dalam Seting dan berada dalam julat Bluetooth antara satu sama lain (lebih kurang 33 kaki atau 10 meter).

Untuk menyahdayakan Handoff antara iPhone dan HomePod serta peranti lain, pergi ke Seting > Umum > AirPlay & Handoff.

Nota: Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menggunakan speaker HomePod dan Apple TV, lihat Panduan Pengguna HomePod dan Panduan Pengguna Apple TV.

Untuk senarai TV pintar didayakan AirPlay 2, lihat Tapak web aksesori Rumah.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.