Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Mula semula paksa iPhone

Jika iPhone tidak bertindak balas dan anda tidak boleh mematikannya dan kemudian menghidupkannya, cuba paksanya untuk mula semula.

  1. Tekan dan lepas butang naikkan kelantangan dengan cepat.

  2. Tekan dan lepas butang turunkan kelantangan dengan cepat.

  3. Tekan dan tahan butang sisi.

  4. Apabila logo Apple kelihatan, lepaskan butang sisi.

Ilustrasi dua model iPhone, satu dengan butang Utama dan satu tanpa butang Utama, dengan skrin menghadap ke atas. Butang Kelantangan untuk setiap model berada di sebelah kiri iPhone dan butang sisi di sebelah kanan.

Nota: Untuk mendapatkan arahan mula semula paksa bagi iPhone 7, iPhone 6s, atau iPhone SE (generasi pertama)—model yang tidak menyokong iOS 16 atau lebih baharu—lihat versi iOS 15 halaman ini.

Jika iPhone tidak bermula semula selepas anda mencuba langkah ini, lihat artikel Sokongan Apple Jika iPhone anda tidak dapat dihidupkan atau beku. Jika iPhone anda tidak berfungsi seperti dijangka selepas anda memulakannya semula, lihat tapak web Sokongan iPhone.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.