Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kongsi ciri dengan keluarga anda

Terdapat ciri istimewa yang anda dan keluarga anda boleh gunakan untuk berkongsi pembelian, kekal berhubung dan melindungi data anda. Jika anda mempunyai anak, anda juga boleh menyediakan kawalan ibu bapa untuk mengurus cara anak anda menggunakan peranti Apple mereka.

Skrin Perkongsian Keluarga dalam Seting. Lima ahli keluarga disenaraikan. Di bawah nama mereka ialah Senarai Semak Keluarga dan di bawahnya ialah pilihan Langganan dan Perkongsian Pembelian.

Sediakan Perkongsian Keluarga

Dengan Perkongsian Keluarga, anda dan ahli keluarga anda boleh berkongsi pembelian dan langganan yang layak, lokasi anda dan banyak lagi. Semua orang menggunakan peranti dan Apple ID mereka sendiri, tetapi storan iCloud, langganan (kepada perkhidmatan seperti Apple Music dan Apple Arcade) serta kandungan lain dikongsi.

Untuk bermula, pergi ke Seting  > [nama anda] > Perkongsian Keluarga.

Skrin Cari menunjukkan senarai Orang dan lokasi mereka pada peta.

Kongsi lokasi anda dengan Cari

Apabila anda menyediakan Perkongsian Keluarga, anda boleh berkongsi lokasi anda dengan ahli keluarga anda dan membantu mereka mencari peranti yang hilang dengan app Cari .

Untuk berkongsi lokasi anda bersama ahli keluarga, pergi ke Seting  > [nama anda] > Perkongsian Keluarga, kemudian skrol ke bawah dan ketik Lokasi. Ketik nama ahli keluarga yang anda mahu kongsikan lokasi anda. Selepas anda berkongsi lokasi anda dengan ahli kumpulan Perkongsian Keluarga anda, mereka boleh membantu mencari peranti hilang.

Skrin Perkongsian dalam app Kesihatan.

Kongsi data kesihatan anda

Anda boleh menggunakan app Kesihatan untuk berkongsi data kesihatan anda—seperti aktiviti, mobiliti dan aliran kesihatan anda—dengan ahli keluarga.

Dalam app Kesihatan, ketik Perkongsian di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Kongsi dengan Seseorang. Anda boleh memilih perkara yang anda mahu kongsi dan jika anda mahu orang yang anda berkongsi dimaklumkan tentang aliran yang ketara, seperti penurunan mendadak dalam aktiviti.

Skrin Kamera dibuka dan subjek memenuhi ruang. Di bahagian atas skrin Kamera, butang Pustaka Dikongsi diaktifkan.

Mulakan pustaka foto keluarga

Anda boleh menggunakan Pustaka Foto Dikongsi iCloud untuk berkongsi foto dan video dengan sehingga lima orang ahli keluarga yang lain. Semua orang boleh menambah, mengedit dan meletakkan kapsyen foto serta menikmati foto yang dikongsi dalam memori, foto ditampilkan dan widget Foto mereka.

Untuk bermula, pergi ke Seting  > [nama anda] > iCloud > Foto, aktifkan Selaraskan iPhone ini, kemudian ketik Pustaka Dikongsi.

Skrin Tambah Kenalan Pemulihan menunjukkan kenalan cadangan sebagai kenalan pemulihan dan pilihan untuk memilih orang lain.

Sebagai langkah berjaga-jaga

Anda boleh menambah ahli keluarga dan orang lain yang dipercayai sebagai Kenalan Pemulihan Akaun untuk membantu anda mendapatkan semula akses ke akaun anda jika anda disekat masuk. Program Legasi Digital membolehkan anda memperuntukkan orang sebagai Kenalan Legasi supaya mereka boleh mengakses akaun dan maklumat peribadi anda sekiranya anda meninggal dunia.

Untuk menambah orang, pergi ke Seting  > [nama anda] > Daftar Masuk & Keselamatan, kemudian pilih Pemulihan Akaun atau Kenalan Legasi.

Mahu mengetahui lebih lanjut?

Tidak semua ciri tersedia di semua negara atau rantau.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.