Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Minta, hantar dan terima bayaran dalam Mesej pada iPhone (A.S. sahaja)

Anda boleh menggunakan Apple Cash untuk meminta, menghantar dan menerima wang dengan cepat dan mudah dalam app Mesej . Tiada app tambahan untuk dimuat turun dan anda boleh menggunakan kad yang anda sudah ada dalam Apple Pay.

Apabila anda menerima wang dalam Mesej, ia ditambah ke kad Apple Cash anda dalam app Wallet . Lihat Sediakan dan gunakan Apple Cash dalam Wallet pada iPhone.

Untuk meminta, menghantar, atau menerima bayaran dalam Mesej, kedua-dua pengirim dan penerima mesti menggunakan iMessage.

Perbualan iMessage dengan Apple Pay terbuka di bahagian bawah.

Minta atau hantar bayaran dalam Mesej

  1. Buka app Mesej pada iPhone anda.

  2. Mulakan mesej baharu atau buka perbualan dengan seseorang yang turut menggunakan iMessage, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

    • Ketik butang App, ketik Apple Cash, kemudian laraskan nilai mengikut keperluan.

    • Jika jumlah yang diminta disebutkan dalam mesej yang dihantar, ketiknya, kemudian ketik Hantar dengan Apple Cash.

  3. Ketik Minta atau Hantar untuk bayaran satu kali.

    Jika anda mahu membayar kepada seseorang dengan kerap, ketik Tunjukkan Pad Kekunci, ketik Hantar Bayaran Berulang, kemudian ikuti arahan atas skrin.

  4. Ketik butang Hantar.

    Jika anda menghantar bayaran, benarkan bayaran dengan Face ID, Touch ID atau kod laluan anda.

    Jika anda tidak mempunyai dana yang mencukupi dalam Apple Cash, anda boleh membayar baki menggunakan kad debit anda dalam Wallet.

Untuk menghantar bayaran menggunakan Wallet, lihatHantar bayaran dengan Apple Cash.

Terima bayaran

  1. Buka app Mesej pada iPhone anda.

  2. Buka perbualan yang anda terima bayaran.

  3. Ketik Terima, kemudian ikuti arahan atas skrin.

Apple Cash dan penghantaran serta penerimaan bayaran menerusi Apple Pay ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Green Dot Bank, ahli FDIC.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.