Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Edit, kongsi dan susun album pada iPhone

Anda boleh mengemas kini, menamakan semula, menyusun dan memadamkan album dalam app Foto . Anda juga boleh mencipta folder yang mengandungi berbilang album. Contohnya, anda boleh mencipta folder bernama “Percutian” dan kemudian mencipta berbilang album dalam folder untuk semua percutian anda. Anda juga boleh mencipta folder dalam folder.

Tambah foto ke album

  1. Buka app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik Album, kemudian ketik album.

  3. Ketik butang Lagi di bahagian atas skrin, atau ketik butang Tambah selepas foto terakhir dalam grid foto album.

  4. Ketik Tambah Foto, kemudian ketik foto atau video yang anda mahu tambah ke album.

    Petua: Gunakan medan carian di bahagian atas skrin untuk mencari foto daripada masa atau tempat khusus.

  5. Ketik Tambah.

Keluarkan foto daripada album

  1. Buka app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik Album, ketik album, kemudian ketik foto atau video yang anda mahu keluarkan untuk melihatnya dalam skrin penuh.

  3. Ketik butang Tong Sampah, kemudian pilih salah satu daripada berikut:

    • Keluarkan daripada Album: Foto dikeluarkan daripada album tersebut, tetapi kekal dalam album lain dan pustaka anda.

    • Padam daripada Pustaka: Foto dikeluarkan daripada semua album dan pustaka anda serta dialihkan ke album Terbaru Dipadam.

Untuk mengeluarkan berbilang foto atau video daripada album, ketik Pilih, ketik imej kecil foto dan video yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik butang Tong Sampah.

Tukar cara foto kelihatan dalam album

Anda boleh melaraskan saiz dan nisbah aspek foto yang dipaparkan dalam album.

  1. Buka app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik Album, kemudian ketik album.

  3. Ketik butang Lagi, kemudian ketik salah satu daripada berikut:

    • Zum Masuk

    • Zum Keluar

    • Gris Nisbah Aspek

Untuk menapis dan mengisih foto dalam album, lihat Tapis dan isih foto serta video dalam album pada iPhone.

Kongsi foto daripada album

Anda boleh berkongsi semua foto dalam album atau hanya foto yang anda pilih.

  1. Buka app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik Album, kemudian ketik album.

  3. Ketik Pilih, kemudian ketik foto dan video yang anda mahu kongsikan.

    Petua: Ketik Pilih Semua untuk berkongsi semua foto dan video dalam album.

  4. Ketik butang Kongsi, pilih pilihan perkongsian—AirDrop, Mesej, atau Mail, contohnya—kemudian hantar.

Susun semula dan padamkan album

  1. Buka app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik Album, kemudian ketik Lihat Semua.

  3. Ketik Edit, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Susun semula: Sentuh dan tahan imej kecil album, kemudian seretnya ke lokasi baharu.

    • Padam: Ketik butang Padam.

  4. Ketik Selesai.

Album yang dicipta oleh Foto untuk anda, Terbaru, Orang dan Tempat tidak boleh dipadamkan.

Susun album dalam folder

  1. Buka app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik Album, kemudian ketik butang tambah.

  3. Pilih Folder Baharu.

  4. Namakan folder, kemudian ketik Simpan.

  5. Buka folder, ketik Edit, kemudian ketik butang Tambah untuk mencipta album atau folder baharu dalam folder.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.