Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan pintasan pada Magic Keyboard dengan iPhone

Anda boleh melaksanakan carian dan gunakan penggantian teks daripada mana-mana pada iPhone tanpa mengangkat tangan anda daripada Magic Keyboard.

  • Buka Carian: Tekan Command-Space.

    Nota: Anda boleh menukar tindakan yang dilaksanakan oleh kekunci Command (dan kekunci pengubah suai lain seperti Caps Lock). Pergi ke Seting  > Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci Perkakasan, ketik Kekunci Pengubah Suai, ketik kekunci, kemudian pilih tindakan yang anda mahu ia laksanakan.

  • Gunakan penggantian teks: Anda boleh menyediakan penggantian teks yang memasukkan perkataan atau frasa selepas anda hanya menaip beberapa aksara. Contohnya, taipkan “otw” untuk memasukkan “Saya dalam perjalanan!” Lihat Simpan ketukan kekunci dengan penggantian teks pada iPhone.

  • Pilih pintasan papan kekunci kebolehcapaian tambahan: Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Papan Kekunci > Akses Papan Kekunci Penuh, kemudian aktifkan Akses Papan Kekunci Penuh. Lihat Kawal iPhone dengan papan kekunci luaran.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.