Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sediakan dan gunakan Apple Card pada iPhone

Apple Card (tersedia di A.S.) ialah kad kredit yang dicipta oleh Apple dan direka bentuk untuk membantu anda menjalani kehidupan kewangan yang lebih sihat. Anda boleh mendaftar untuk Apple Card dalam app Wallet pada iPhone dalam beberapa minit dan mula menggunakannya dengan Apple Pay serta-merta di kedai, dalam app, atau dalam talian di seluruh dunia. Apple Card memberi anda paparan masa nyata yang mudah difahami tentang transaksi terkini dan baki anda dalam Wallet dan sokongan Apple Card tersedia bila-bila masa hanya dengan menghantar teks daripada Mesej.

Apple Card dalam Wallet menunjukkan butang Lagi di bahagian kanan atas. Di bawah imej kad ialah baki kad, aktiviti mingguan dan butang bayaran. Baki semasa Akaun Simpanan dan transaksi kad terkini berada di bahagian bawah.

Dapatkan Apple Card

  1. Buka app Wallet  pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Tambah Kad, kemudian ketik Mohon Apple Card.

  3. Masukkan maklumat anda, kemudian bersetuju dengan terma dan syarat untuk menghantar permohonan anda.

  4. Semak semula butiran tawaran Apple Card anda, termasuk had kredit dan APR, kemudian terima atau tolak tawaran.

  5. Jika anda menerima syarat, anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:

    • Setkan Apple Card sebagai kad lalai untuk transaksi Apple Pay.

    • Dapatkan Apple Card titanium untuk digunakan di tempat Apple Pay belum diterima.

Gunakan Apple Card

Anda boleh menggunakan Apple Card di mana-mana saja anda gunakan Apple Pay:

Anda juga boleh menggunakan Apple Card di lokasi Apple Pay belum diterima:

  • Dalam app, pada web, atau menerusi telefon: Ketik butang Nombor Kad untuk melihat nombor, tarikh luput dan kod keselamatan kad. Gunakan maklumat ini untuk membuat pembelian anda.

  • Di kedai, restoran dan lokasi lain. Gunakan kad titanium.

Lihat transaksi dan penyata

  1. Dalam Wallet, ketik Apple Card.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Semak transaksi anda: Lihat transaksi terkini anda, atau skrol ke bawah untuk melihat semua transaksi anda dikumpulkan mengikut bulan dan tahun.

    • Cari transaksi anda: Ketik butang Cari, masukkan perkara yang anda cari, kemudian ketik Cari pada papan kekunci. Anda juga boleh memilih carian dicadangkan seperti kategori, pedagang, atau lokasi, kemudian memasukkan teks tambahan untuk memperincikan carian anda.

    • Lihat aktiviti mingguan, bulanan, atau tahunan: Ketik Aktiviti (di bawah Baki Kad) untuk melihat perbelanjaan anda yang dikumpulkan dalam kategori seperti Beli-belah, Makanan & Minuman dan Perkhidmatan. Ketik Minggu, Bulan, atau Tahun untuk melihat paparan berlainan. Leret kanan untuk melihat tempoh sebelumnya.

    • Dapatkan penyata bulanan: Ketik Baki Kad untuk melihat baki, perbelanjaan baharu serta bayaran dan kredit. Skrol ke bawah untuk melihat penyata bulanan anda. Ketik penyata untuk melihat ringkasan untuk bulan tersebut, memuat turun penyata PDF, atau mengeksport transaksi ke fail CSV, OFX, QFX, atau QBO.

Buat bayaran

  1. Dalam Wallet, ketik Apple Card.

  2. Ketik butang bayaran, kemudian pilih satu daripada berikut:

    • Bayar serta-merta: Untuk mengesetkan amaun, seret tanda semak (atau ketik Amaun Lain), kemudian ketik Bayar.

    • Jadualkan bayaran satu kali: Untuk mengesetkan amaun, seret tanda semak (atau ketik Amaun Lain), ketik Jadual, ketik Bayaran Satu Kali, pilih tarikh, kemudian ketik Bayar.

    • Sediakan bayaran automatik: Ketik Jadual, ketik Bayaran Berulang, kemudian ikuti arahan atas skrin.

      Anda boleh memilih untuk membayar baki bulanan, baki minimum dijangka atau amaun tersuai secara automatik. Anda juga boleh menghantar bayaran pada terikh dijangka atau tarikh lain.

Lihat bayaran balik, pelarasan dan transaksi dipertikaikan

  1. Dalam Wallet, ketik Apple Card.

  2. Untuk melihat hanya transaksi dipertikaikan atau bayaran balik dan pelarasan, ketik butang Penapis (di sebelah Transaksi Kad Terkini), kemudian pilih penapis.

Lihat artikel Sokongan Apple Pertikaikan caj Apple Card anda.

Gunakan widget Apple Card pada Skrin Utama anda

Dengan widget Apple Card, anda boleh melihat baki Apple Card anda, kredit tersedia dan aktiviti perbelanjaan sekilas pandang.

  1. Tambahkan widget Apple Card pada Skrin Utama anda.

  2. Untuk melihat aktiviti perbelanjaan anda bagi tempoh masa berbeza, sentuh dan tahan widget, ketik Edit Widget, kemudian pilih Mingguan, Bulanan atau Tahunan.

  3. Untuk pergi ke Apple Card dalam Wallet, ketik widget.

Urus Apple Card, lihat butiran dan banyak lagi

Ketik butang Lagi, kemudian ketik mana-mana yang berikut:

  • Daily Cash: Lihat Daily Cash yang anda telah terima.

  • Butiran Kad: Kongsi Kad Apple anda dengan ahli keluarga, jadualkan pembayaran, lihat had kredit anda dan banyak lagi.

  • Pemberitahuan: Aktifkan atau nyahaktifkan pemberitahuan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.