Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Dengar berita dengan CarPlay

Gunakan CarPlay untuk mendengar taklimat audio Apple News Today dan jika anda ialah pelanggan Apple News+, versi audio berita terpilih. (Jika anda bukan pelanggan, anda boleh mendengar pratonton cerita.)

Anda boleh menggunakan kawalan terbina dalam kenderaan anda untuk membuka News dan memilih cerita untuk dimainkan.

Nota: Jika anda melihat Papan Pemuka CarPlay dan News tidak kelihatan dalam senarai app terbaharu di sebelah kiri, ketik butang Utama untuk melihat halaman semua app CarPlay anda, termasuk News.

Anda juga boleh menggunakan kawalan pada stereng kenderaan anda, butang pada skrin Kini Dimainkan dan Papan Pemuka CarPlay untuk mengawal main balik.

Butang

Perihalan

Butang Jeda.

Jeda main balik.

Butang Main.

Mainkan cerita semasa.

Butang Seterusnya.

Langkau ke cerita seterusnya.

Butang Putar Balik 15 Saat.

Lompat ke belakang 15 saat.

Butang Kelajuan Main Balik.

Pilih kelajuan main balik yang lebih laju atau lebih perlahan.

Nota: CarPlay tidak tersedia di semua negara atau rantau (lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS).

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.