Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar seting rakaman video kamera pada iPhone

Secara lalai, Kamera merakam video pada 30 bingkai per saat (bps). Bergantung pada model iPhone, anda boleh memilih seting kadar bingkai dan resolusi video lain. Kadar bingkai lebih cepat dan resolusi lebih tinggi menghasilkan fail video yang lebih besar.

Anda juga boleh menggunakan togol cepat untuk menukar resolusi dan kadar bingkai video terus pada skrin kamera dengan mudah.

Gunakan penogol cepat untuk menukar resolusi video dan kadar bingkai

Dalam mod Video, gunakan togol cepat di bahagian atas skrin untuk menukar resolusi video dan kadar bingkai yang tersedia pada iPhone anda.

Ketik penogol cepat di penjuru kanan atas untuk bertukar antara rakaman HD atau 4K dan 24, 25, 30, atau 60 bps dalam mod Video, bergantung pada model anda.

Pada model iPhone 14 dan model iPhone 15, togol cepat tersedia dalam mod Sinematik untuk bertukar antara HD atau 4K dan 24, 25, atau 30 bps.

Laraskan seting BPS Auto

iPhone boleh meningkatkan kualiti video dalam keadaan kurang cahaya dengan mengurangkan kadar bingkai ke 24 bps secara automatik.

Pergi ke Seting  > Kamera > Rakam Video, kemudian bergantung pada model anda, lakukan satu daripada yang berikut:

  • Ketik BPS Auto, kemudian gunakan BPS Auto pada video 30 bps sahaja atau pada kedua-dua video 30 dan 60 bps.

  • Aktifkan BPS Cahaya Malap Auto.

Aktifkan dan nyahaktifkan rakaman stereo

iPhone menggunakan berbilang mikrofon untuk mendapatkan bunyi stereo.

Untuk menyahaktifkan rakaman stereo, pergi ke Seting  > Kamera, kemudian nyahaktifkan Rakam Bunyi Stereo.

Nyahaktifkan dan aktifkan video HDR

Pada model disokong, iPhone merakam video dalam HDR dan berkongsi video HDR dengan peranti yang menjalankan iOS 13.4, iPadOS 13.4, macOS 10.15.4, atau lebih baharu; peranti lain menerima versi SDR daripada video yang sama.

Untuk menyahaktifkan rakaman HDR, pergi ke Seting  > Kamera > Rakam Video, kemudian nyahaktifkan Video HDR.

Aktifkan dan nyahaktifkan Kunci Kamera

Pada model iPhone 13, model iPhone 14 dan model iPhone 15, seting Kunci Kamera menghalang penukaran automatik antara kamera semasa merakam video. Kunci Kamera tidak aktif secara lalai.

Untuk mengaktifkan Kunci Kamera, pergi ke Seting  > Kamera > Rakam Video, kemudian aktifkan Kunci Kamera.

Nyahaktifkan dan aktifkan Penstabilan Dipertingkat

Pada model iPhone 14 model iPhone 15, seting Penstabilan Dipertingkat mengezum masuk sedikit untuk memberikan penstabilan yang dipertingkat semasa merakam dalam mod video dan mod Sinematik. Penstabilan Dipertingkat aktif secara lalai.

Untuk menyahaktifkan Penstabilan Dipertingkat, pergi ke Seting  > Kamera > Rakam Video, kemudian nyahaktifkan Penstabilan Dipertingkat.

Aktifkan dan nyahaktifkan Kunci Imbangan Putih

Anda boleh mengunci imbangan putih semasa merakam video pada iPhone anda untuk meningkatkan ketepatan rakaman warna berdasarkan keadaan cahaya.

Untuk mengaktifkan Imbangan Putih, pergi ke Seting  > Kamera > Rakam Video, kemudian aktifkan Imbangan Putih.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.