Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Animasikan mesej pada iPhone

Dalam app Mesej , anda boleh menganimasikan mesej tunggal dengan kesan gelembung atau isi keseluruhan perbualan dengan kesan skrin penuh (sebagai contoh, belon atau konfeti). Anda boleh menghantar mesej Digital Touch dan pada model yang disokong, anda boleh menghantar mesej Memoji beranimasi yang merakam suara anda dan mencerminkan mimik muka anda.

Anda memerlukan iMessage untuk menghantar dan menerima kesan mesej.

Perbualan mesej dengan gelembung dan kesan skrin penuh serta animasi: Digital Touch dan mesej tulisan tangan.

Animasikan gelembung mesej

Gunakan kesan untuk menganimasikan gelembung mesej: anda boleh menghantar mesej dengan Slam atau Lantang supaya ia kelihatan tiba-tiba, atau menggunakan Lembut supaya ia tiba secara lembut. Anda juga boleh menghantar mesej peribadi dengan Dakwat Halimunan yang kekal kabur sehingga penerima meleret untuk mendedahkannya.

  1. Buka app Mesej pada iPhone anda.

  2. Dalam perbualan baharu atau sedia ada, taipkan mesej atau masukkan imej atau pautan.

  3. Sentuh dan tahan butang Hantar, kemudian ketik titik kelabu untuk mempratonton kesan gelembung berlainan.

  4. Ketik butang Hantar dengan Kesan untuk menghantar mesej dengan kesan atau butang Batal Kesan untuk membatalkan kesan dan kembali ke mesej anda.

Animasikan kesan ke atas skrin penuh

Anda boleh menghantar mesej dengan kesan skrin penuh—seperti laser yang bertenaga, lapu sorot yang bergerak, gelembung bergema—yang dimainkan apabila penerima anda mendapat mesej anda.

  1. Buka app Mesej pada iPhone anda.

  2. Dalam perbualan baharu atau sedia ada, taipkan mesej atau masukkan foto atau Memoji.

  3. Sentuh dan tahan butang Hantar, kemudian ketik Skrin.

  4. Leret ke kiri untuk mempratonton kesan skrin berlainan.

  5. Ketik butang Hantar dengan Kesan untuk menghantar mesej atau butang Tutup untuk membatalkan kesan dan kembali ke mesej anda.

Mesej menggunakan kesan skrin yang berikut secara automatik untuk rentetan teks tertentu:

  • Belon untuk “Selamat hari lahir”

  • Konfeti untuk “Tahniah”

  • Bunga api untuk “Selamat Tahun Baharu”

Hantar Memoji beranimasi atau rakaman Memoji

Pada model disokong, anda boleh menghantar mesej Memoji yang merakam suara anda dan mencerminkan riak wajah anda.

  1. Buka app Mesej pada iPhone anda.

  2. Mulakan mesej baharu atau buka perbualan, ketik butang App, ketik Memoji, kemudian leret dan ketik untuk memilih Memoji.

  3. Ketik butang Rakam untuk merakam ekspresi muka dan suara anda, kemudian ketik butang Merakam untuk berhenti.

    Ketik butang Main Semula untuk menyemak mesej anda.

  4. Ketik butang Hantar Rakaman untuk menghantar mesej anda atau butang Buang Rakaman untuk membatalkannya.

Anda juga boleh mengambil gambar atau video diri anda sebagai Memoji, hiaskannya dengan pelekat, kemudian hantarkannya. Atau anda boleh menjadi Memoji dalam perbualan FaceTime.

Hantar kesan Digital Touch

Dengan Digital Touch, anda boleh menghantar lakaran beranimasi, ketikan, ciuman, denyutan jantung, serta banyak lagi, sendiri atau sebagai kesan pada foto atau video.

  1. Buka app Mesej pada iPhone anda.

  2. Ketik butang App, leret ke atas atau ketik Lagi, kemudian ketik Digital Touch.

  3. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Hantar gerak isyarat beranimasi: Ketik atau sentuh dan tahan dengan satu atau dua jari. Gerak isyarat anda dihantar secara automatik apabila anda menyelesaikannya.

      Sentuh dan tahan titik warna untuk memilih warna bagi ketikan satu jari.

      Nota: Jika anda mempunyai Apple Watch atau sensor lain yang merakam data denyutan jantung, Mesej mungkin menggunakan data dirakam apabila anda menyentuh dan menahan dengan dua jari untuk menghantar denyutan jantung.

    • Hantar lukisan beranimasi: Lukis dengan satu jari.

      Anda boleh mengubah warna, kemudian mulakan melukis lagi.

    • Tambahkan kesan ke imej baharu: Ketik butang Kamera, kemudian ketik butang Ambil Gambar untuk mengambil foto atau butang Rakam Video untuk merakam video.

      Untuk mengambil foto atau video baharu, atau memadam apa-apa yang anda lukis pada pratonton anda, ketik butang Kembali ke Pratonton.

  4. Ketik butang Hantar untuk menghantar lukisan atau imej anda, atau ketik butang Tutup untuk memadamkannya.

Untuk menghantar contengan beranimasi pada latar belakang putih, lihat Hantar mesej tulisan tangan atau conteng.

Hantar mesej tulisan tangan atau conteng

Gunakan jari anda untuk menulis mesej atau melukis conteng. Penerima melihat perkara yang anda tulis atau lukis, dicipta semula di hadapan mata mereka.

  1. Buka app Mesej pada iPhone anda.

  2. Dalam perbualan, putar iPhone ke orientasi landskap.

  3. Ketik kekunci Tulisan Tangan pada papan kekunci.

  4. Tulis mesej dengan jari anda atau pilih mesej disimpan di bahagian bawah, kemudian ketik Selesai.

  5. Ketik butang Hantar untuk menghantar mesej anda atau butang Keluarkan untuk membatalkannya.

    Kanvas untuk mengarang mesej tulisan tangan. Di sepanjang bahagian bawah, dari kiri ke kanan, ialah item tulisan tangan disimpan dan butang Papan Kekunci.

Selepas anda mencipta dan menghantar mesej tulisan tangan, mesej disimpan di bahagian bawah skrin tulisan tangan. Untuk menggunakan mesej disimpan lagi, ketiknya. Untuk memadam mesej disimpan, sentuh dan tahan ia sehingga mesej bergoyang, kemudian ketik butang Padam.

Untuk menghantar contengan pada latar belakang hitam, lihat Hantar kesan Digital Touch.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.