Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Muat turun, simpan dan kongsi episod podcast pada iPhone

Dalam app Podcast , anda boleh memuat turun, menyimpan dan berkongsi episod podcast.

Muat turun episod

  1. Ketik rancangan untuk melihat halaman maklumatnya.

  2. Leret ke kiri pada episod, kemudian ketik butang Muat Turun.

    Anda juga boleh mengetik butang Lagi di bawah episod, kemudian ketik Muat Turun Episod.

Simpan episod

  1. Ketik rancangan untuk melihat halaman maklumatnya.

  2. Leret ke kiri pada episod, kemudian ketik butang Simpan.

    Anda juga boleh mengetik butang Lagi di bawah episod, kemudian ketik Simpan Episod.

Apabila anda menyimpan episod, episod dimuat turun secara automatik supaya anda boleh mendengarnya di luar talian. Untuk menyahaktifkan pilihan ini, pergi ke Seting > Podcast, kemudian nyahaktifkan Muat Turun Semasa Menyimpan.

Keluarkan episod yang disimpan

  1. Ketik Pustaka, ketik Disimpan, kemudian ketik rancangan.

  2. Leret ke kiri pada episod, kemudian ketik Nyahsimpan.

    Anda juga boleh mengeluarkan episod yang disimpan semasa melihat senarai episod atau halaman maklumat episod. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Nyahsimpan Episod.

Keluarkan episod dimuat turun

  1. Ketik Pustaka, ketik Dimuat Turun, kemudian ketik rancangan.

  2. Leret ke kiri pada episod, kemudian ketik Keluarkan Muat Turun.

    Anda juga boleh mengeluarkan episod yang dimuat turun semasa melihat senarai episod atau halaman maklumat episod. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Keluarkan Muat Turun.

Keluarkan semua episod yang dimuat turun daripada rancangan

  1. Ketik Pustaka, ketik Rancangan, kemudian ketik rancangan untuk melihat halaman maklumatnya.

  2. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Keluarkan Muat Turun.

Keluarkan semua episod dimuat turun

  1. Ketik Pustaka, kemudian ketik Dimuat Turun.

  2. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Keluarkan Semua Muat Turun.

Kongsi rancangan atau episod podcast

  1. Ketik rancangan untuk melihat halaman maklumatnya. Jika anda mahu berkongsi episod khusus, ketik episod.

  2. Ketik butang Lagi berhampiran kanan atas skrin, kemudian ketik Kongsi Rancangan atau Kongsi Episod.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.