Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan app iMessage dalam Mesej pada iPhone

Anda boleh bermain permainan, merakam mesej audio, berkongsi lagu dan banyak lagi—semuanya menerusi app iMessage—tanpa meninggalkan app Mesej . Anda boleh menyesuaikan senarai app tersedia atau menambah app iMessage yang anda temui dalam App Store.

Selepas mengetik butang App dalam perbualan Mesej, senarai ciri untuk menambah ke mesej anda kelihatan.

Susun semula app iMessage

  1. Buka app Mesej pada iPhone anda.

  2. Mulakan mesej baharu atau buka perbualan, kemudian ketik butang App.

  3. Sentuh dan tahan sebarang ikon app dalam senarai sehingga ia mengecil sedikit, kemudian seretnya ke lokasi yang anda mahukan.

    Untuk mengalihkan ikon app ke halaman berlainan, seretnya ke pinggir atas atau bawah skrin. Anda mungkin perlu menunggu sebentar untuk halaman baharu kelihatan.

Tambah app iMessage

App Mesej disertakan dengan app iMessage yang anda boleh gunakan untuk menghantar foto, video, mesej audio, bayaran, pelekat dan banyak lagi. Anda boleh memuat turun app iMessage tambahan untuk lebih banyak pilihan.

  1. Buka app Mesej pada iPhone anda.

  2. Mulakan mesej baharu atau buka perbualan, kemudian ketik butang App.

  3. Ketik Kedai untuk membuka App Store untuk iMessage.

  4. Ketik app untuk melihat lebih butiran dan ulasan, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Beli app: Ketik harga. Bayaran dibuat menggunakan kaedah berkaitan dengan Apple ID anda.

    • Muat turun app percuma: Ketik Dapatkan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.