Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan app iMessage dalam Mesej pada iPhone

Dalam app Mesej ,anda boleh menghias perbualan dengan pelekat, jadualkan makan malam dan menonton wayang, berkongsi lagu dan banyak lagi—semuanya menerusi app iMessage, tanpa meninggalkan Mesej. Tambah pilihan anda dengan memuat turun lebih banyak app iMessage daripada App Store.

Perbualan Mesej, dengan butang Pelayar App iMessage dipilih. Laci app terbuka menunjukkan pelekat emotikon.

Layari dan muat turun app iMessage

  1. Ketik butang App Pemesejan untuk membuka laci aplikasi.

  2. Ketik butang Kedai, kemudian ketik Lawati Kedai untuk melayari app iMessage.

Gunakan app iMessage

  1. Dalam perbualan, ketik app iMessage dalam laci app.

  2. Ketik item dalam app iMessage untuk menambahnya ke gelembung mesej.

  3. Tambah komen jika anda mahu, kemudian ketik butang Hantar untuk menghantar mesej anda atau butang Keluarkan untuk membatalkannya.

Hias dengan pelekat

Jika anda memuat turun app pelekat daripada App Store, anda boleh meningkatkan foto dan video anda dengan pelekat dalam Mesej.

  1. Dalam perbualan, ketik app pelekat dalam laci app.

  2. Sentuh dan tahan pelekat, kemudian seretnya ke mana-mana sahaja dalam perbualan. Sebelum anda melepaskannya, anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:

    • Laraskan sudut: Putarkan jari kedua disekeliling jari yang menyeret pelekat.

    • Laraskan saiz: Rapatkan atau jauhkan jari kedua disekeliling jari yang menyeret pelekat.

    Anda boleh meletakkan pelekat di atas gelembung mesej, letakkannya di atas pelekat lain, atau letakkan pada foto.

Untuk melihat teks yang dilindungi oleh pelekat, dwiketik pelekat.

Untuk melihat maklumat lanjut tentang pelekat, sentuh dan tahan pelekat, kemudian ketik Butiran Pelekat. Anda boleh melakukan yang berikut:

  • Lihat siapa yang menghantar pelekat.

  • Lihat app iMessage yang menghantar pelekat.

  • Padamkan pelekat—leret ke kiri, kemudian ketik Padam.

Uruskan app iMessage

  1. Ketik butang Lagi dalam laci app.

  2. Ketik Edit, kemudian lakukan mana-mana yang berikut dengan app iMessage anda:

    • Susun semula app: Seret butang Susun Semula.

    • Tambah app ke Kegemaran anda: Ketik butang Tambah.

    • Keluarkan app daripada Kegemaran anda: Ketik butang Padam.

    • Sembunyikan app: Nyahaktifkan app.

    • Pada app: Leret ke kiri pada app, kemudian ketik Padam.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.