Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Keluarkan app daripada iPhone

Anda boleh mengeluarkan app daripada iPhone anda dengan mudah. Jika anda bertukar fikiran, anda boleh memuat turun app lagi kemudian.

Keluarkan app daripada skrin Utama

  1. Sentuh dan tahan sebarang app dengan lembut pada skrin sehingga ikon app bergoyang. Jika app tidak bergoyang, pastikan anda tidak menekan terlalu kuat.

  2. Ketik butang Tutup pada app yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik Padam.

  3. Ketik Selesai (iPhone X dan lebih baru) atau tekan butang Utama (model lain).

Jika anda berubah fikiran, anda boleh memuat turun semula app yang anda telah keluarkan.

Sebagai tambahan ke pengeluaran app pihak ketiga, anda boleh mengeluarkan app Apple terbina dalam berikut yang disertakan dengan iPhone anda:

Nota: Apabila anda mengeluarkan app terbina dalam daripada skrin Utama, anda juga mengeluarkan sebarang data pengguna dan fail konfigurasi yang berkaitan. Mengeluarkan app terbina dalam daripada skrin Utama anda boleh mempengaruhi kefungsian sistem lain. Lihat artikel Sokongan Apple Keluarkan app terbina dalam Apple daripada skrin Utama.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.