Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tandakan halaman web kegemaran dalam Safari pada iPhone

Dalam app Safari , tandakan tapak web dan tambahnya pada Kegemaran untuk lawatan semula yang mudah kemudian.

Skrin Penanda Buku, dengan pilihan untuk melihat kegemaran dan sejarah pelayaran, bersama dengan penanda buku.

Tandakan halaman semasa

Sentuh dan tahan butang Penanda Buku, kemudian ketik Tambah Penanda Buku.

Lihat dan atur penanda buku anda

Ketik butang Penanda Buku, kemudian ketik tab Penanda Buku.

Untuk mencipta folder baru atau untuk memadam, menamakan semula atau menyusun semula penanda buku, ketik Edit.

Lihat penanda buku Mac anda pada iPhone

Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud, kemudian aktifkan Safari.

Nota: Anda juga mesti memilih Safari dalam anak tetingkap iCloud di Keutamaan Sistem pada Mac anda dan mendaftar masuk ke iCloud dengan Apple ID yang sama.

Tambah halaman web ke kegemaran anda

Buka halaman, ketik butang Kongsi, kemudian ketik Tambah ke Kegemaran.

Untuk mengedit kegemaran anda, ketik butang Kegemaran, ketik tab Penanda Buku, ketik Kegemaran, kemudian ketik Edit untuk memadamkan, menamakan semula, atau menyusun semula kegemaran anda.

Lihat kegemaran dan tapak kerap dilawati anda dengan cepat

Ketik medan carian untuk melihat kegemaran anda. Skrol ke bawah untuk melihat tapak yang kerap dilawati.

Nota: Untuk mengelak daripada melihat senarai tapak ini, pergi ke Seting  > Safari, kemudian nyahaktifkan Tapak Kerap Dilawati.

Tambah ikon untuk halaman semasa ke skrin Utama anda

Untuk mengakses halaman daripada skrin Utama dengan cepat, ketik butang Kongsi, kemudian ketik Tambah ke Skrin Utama. Ikon muncul pada peranti yang anda tambahnya sahaja.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.