Gunakan Kawalan Suara dan bukannya Siri pada iPhone

Berbanding menggunakan Siri, anda boleh menggunakan Kawalan Suara untuk membuat panggilan dan mengawal main balik muzik. Contohnya, jika anda tidak dapat menggunakan Siri kerana anda tidak bersambung ke Internet, anda boleh menggunakan Kawalan Suara untuk main balik muzik.

Nota: Apabila anda mengaktifkan Kawalan Suara, anda tidak boleh bercakap dengan Siri.

Skrin Kawalan Suara menunjukkan contoh perintah yang anda boleh gunakan. Bentuk gelombang muncul sepanjang bahagian bawah skrin.

Aktifkan Kawalan Suara

  1. Pergi ke Seting  > Umum > Kebolehcapaian, kemudian lakukan satu daripada yang berikut:

    • iPhone X dan lebih baru: Ketik Butang Sisi.

    • Model lain: Ketik Butang Utama.

  2. Pilih Kawalan Suara (di bawah Tekan dan Tahan untuk Bercakap).

Guna Kawalan Suara

  1. Tekan dan tahan butang sisi (iPhone X dan lebih baru) atau butang Utama (model lain) sehingga skrin Kawalan Suara muncul dan anda mendengar bunyi bip.

    Anda juga boleh tekan dan tahan butang tengah pada headset anda. Lihat Gunakan Apple EarPods.

  2. Sebut perintah Kawalan Suara.

    Untuk perintah khusus, lihat Buat panggilan pada iPhone dan Gunakan Siri dan Kawalan Suara untuk memainkan muzik pada iPhone.

    Untuk mendapatkan hasil terbaik:

    • Bercakap dengan jelas dan secara semula jadi:

    • Hanya sebutkan perintah Kawalan Suara, nama dan nombor. Berhenti seketika di antara perintah.

    • Gunakan nama penuh.

    Anda mesti menyebut perintah suara dalam bahasa yang sama yang disetkan untuk iPhone (dalam Seting  > Umum > Bahasa & Rantau).

Halang Kawalan Suara daripada mendail apabila iPhone dikunci

  1. Pergi ke Seting , kemudian lakukan satu daripada yang berikut:

    • iPhone X dan lebih baru: Ketik Face ID & Kod Laluan.

    • Model lain: Ketik Touch ID & Kod Laluan.

  2. Nyahaktifkan Dail Suara.

Nyahaktifkan Kawalan Suara

  1. Pergi ke Seting  > Umum > Kebolehcapaian, kemudian lakukan satu daripada yang berikut:

    • iPhone X dan lebih baru: Ketik Butang Sisi.

    • Model lain: Ketik Butang Utama.

  2. Pilih Siri atau Nyahaktifkan (di bawah Tekan dan Tahan untuk Bercakap).

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.