Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Akses Dibantu pada iPhone

Akses Dibantu membantu anda kekal fokus pada satu tugas dengan mengehadkan iPhone pada satu app tunggal buat sementara dan membenarkan anda mengawal ciri app yang tersedia. Anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:

  • Nyahdayakan kawasan pada skrin yang tidak berkaitan dengan tugas, atau kawasan di mana gerak isyarat tidak disengajakan mungkin menyebabkan gangguan perhatian

  • Nyahdayakan butang perkakasan iPhone

  • Hadkan tempoh masa seseorang boleh menggunakan app

Sediakan Akses Dibantu

  1. Pergi ke Seting  > Umum > Kebolehcapaian > Akses Dibantu, kemudian aktifkan Akses Dibantu.

  2. Ketik Seting Kod Laluan, ketik Setkan Kod Laluan Akses Dibantu, kemudian masukkan kod laluan.

    Anda juga boleh mengaktifkan Face ID (iPhone X dan lebih baru) atau Touch ID (model lain) sebagai cara untuk menamatkan sesi Akses Dibantu.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Ketik Had Masa untuk setkan bunyi atau membolehkan baki masa Akses Dibantu disebutkan sebelum masa tamat.

    • Setkan sama ada pintasan kebolehcapaian lain tersedia semasa sesi.

Mulakan sesi Akses Dibantu

  1. Buka app yang anda mahu gunakan.

  2. Aktifkan Akses Dibantu menggunakan satu daripada kaedah berikut:

  3. Bulatkan sebarang kawasan skrin yang anda mahu nyahdayakan. Seret topeng ke kedudukan atau gunakan pemegang untuk melaraskan saiznya.

  4. Ketik Pilihan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan mana-mana yang berikut:

    • Butang Tidur/Bangun

    • Butang Kelantangan

    • Pergerakan (untuk menghalang iPhone daripada bertukar daripada potret ke landskap atau daripada membalas kepada pergerakan lain)

    • Papan Kekunci

    • Sentuh

    • Had Masa

  5. Ketik Mula.

Tamatkan sesi Akses Dibantu

  • iPhone X dan lebih baru: Dwiklik butang sisi, kemudian buka kunci dengan Face ID (jika didayakan). Atau klik tiga kali butang sisi, kemudian masukkan kod laluan Akses Dibantu.

  • Model lain: Dwiklik butang Utama, kemudian buka kunci dengan Touch ID (jika didayakan). Atau klik butang Utama tiga kali, kemudian masukkan kod laluan Akses Dibantu.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.