Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan pada iPhone

Pusat Kawalan memberikan anda akses cepat ke mod pesawat, Jangan Ganggu, lampu suluh dan ciri berguna yang lain.

Buka Pusat Kawalan

  • iPhone X dan lebih baru: Leret ke bawah dari bahagian pinggir kanan atas. Untuk menutup Pusat Kawalan, leret ke atas dari bahagian bawah.

  • Model lain: Leret ke atas dari bahagian bawah. Untuk menutup Pusat Kawalan, leret ke bawah atau tekan butang Utama.

Akses lebih banyak kawalan dalam Pusat Kawalan

Banyak kawalan menawarkan pilihan tambahan. Untuk melihat pilihan tersedia, tekan kawalan (sentuh dan tahan pada model tanpa 3D Touch). Sebagai contoh, anda boleh melakukan yang berikut:

  • Dalam Pusat Kawalan, tekan (atau sentuh dan tahan) kumpulan kawalan di bahagian kiri atas, kemudian ketik butang AirDrop untuk mengakses pilihan AirDrop.

  • Dalam Pusat Kawalan, tekan (atau sentuh dan tahan) butang Kamera untuk mengambil selfie, foto, atau merakam video.

    Dua skrin Pusat Kawalan sebelah-menyebelah—yang di kiri menunjukkan kawalan untuk mod pesawat, data selular, Wi-Fi dan Bluetooth di kumpulan kiri atas serta mempunyai petak bual yang mengatakan untuk tekan (atau sentuh dan tahan) Kamera bagi melihat kawalan Kamera. Skrin di bahagian kanan menunjukkan pilihan tambahan untuk Kamera: Ambil Selfie, Rakam Video, Imbas Kod QR dan Ambil Potret.

Putuskan sambungan daripada rangkaian Wi-Fi buat sementara waktu

Dalam Pusat Kawalan, ketik butang Suis Wi-Fi; untuk sambung semula, ketiknya sekali lagi.

Untuk melihat nama rangkaian Wi-Fi yang disambungkan, tekan butang Tukar Wi-Fi (sentuh dan tahan butang pada model tanpa 3D Touch).

Disebabkan Wi-Fi tidak dinyahaktifkan semasa anda memutuskan sambungan dengan rangkaian, AirPlay dan AirDrop masih berfungsi dan iPhone menyertai rangkaian dikenali apabila anda bertukar lokasi atau memulakan semula iPhone. Untuk menyahaktifkan Wi-Fi, pergi ke Seting  > Wi-Fi. (Untuk mengaktifkan Wi-Fi semula dalam Pusat Kawalan, ketik butang Tukar Wi-Fi.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mengaktifkan atau menyahaktifkan Wi-Fi dalam Pusat Kawalan semasa dalam mod pesawat, lihat Pilih seting iPhone untuk mengembara.

Putuskan sambungan daripada peranti Bluetooth buat sementara waktu

Dalam Pusat Kawalan, ketik butang Suis Bluetooth; untuk membenarkan sambungan, ketik butang sekali lagi.

Disebabkan Bluetooth tidak dinyahaktifkan semasa anda memutuskan sambungan dengan peranti, ketepatan lokasi dan perkhidmatan lain masih didayakan. Untuk menyahaktifkan Bluetooth, pergi ke Seting  > Bluetooth, kemudian nyahaktifkan Bluetooth. Untuk mengaktifkan Bluetooth semula dalam Pusat Kawalan, ketik butang Tukar Bluetooth. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mengaktifkan atau menyahaktifkan Bluetooth dalam Pusat Kawalan semasa dalam mod pesawat, lihat Pilih seting iPhone untuk mengembara.

Nyahaktifkan akses ke Pusat Kawalan dalam app

Pergi ke Seting  > Pusat Kawalan, kemudian nyahaktifkan Akses Dalam App.

Tambah dan susun kawalan

  1. Pergi ke Seting  > Pusat Kawalan > Sesuaikan Kawalan.

  2. Untuk menambah atau mengeluarkan kawalan, ketik butang Masukkan atau butang Keluarkan.

  3. Untuk menyusun semula kawalan, sentuh butang Susun Semula bersebelahan kawalan, kemudian seretnya ke kedudukan baru.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.