Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari e-mel dalam Mail pada iPhone

Dalam app Mail , cari e-mel.

Cari teks dalam e-mel

  1. Skrol ke bahagian atas senarai e-mel untuk mendedahkan medan carian, kemudian taipkan teks yang anda cari.

  2. Pilih antara mencari semua peti mel atau peti mel semasa di atas senarai hasil.

  3. Ketik e-mel dalam senarai hasil untuk melihatnya, kemudian ketik anak panah ke atas dan ke bawah untuk skrol menerusi e-mel lain.

Mencari melihat pada medan alamat, subjek dan kandungan e-mel. E-mel yang paling berkaitan muncul dalam Hasil Teratas di atas cadangan carian semasa anda menaip.

Cari mengikut bingkai masa

Skrol ke bahagian atas senarai e-mel untuk mendedahkan medan carian, kemudikan taipkan sesuatu seperti “Mesyuarat Februari” untuk mencari semua e-mel daripada bulan Februari dengan perkataan “mesyuarat.”

Cari mengikut status e-mel

Anda boleh mencari e-mel mengikut pelbagai atribut. Contohnya, anda boleh melakukan mana-mana daripada berikut:

  • Cari semua e-mel yang dibenderakan: Taip “bendera” dalam medan carian.

  • Cari semua e-mel daripada orang dalam senarai VIP anda: Taip “vip” dalam medan carian.

  • Cari semua e-mel yang belum dibaca: Taip “belum dibaca” dalam medan carian.

  • Cari semua e-mel dengan lampiran: Taip “lampiran” dalam medan carian.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.