Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan penyesuaian sentuhan pada iPhone

Jika anda mengalami masalah menggunakan skrin sentuh atau butang, anda boleh menukar cara iPhone bertindak balas terhadap sentuhan anda.

Gunakan penyesuaian sentuhan

  1. Pergi ke Seting  > Umum > Kebolehcapaian > Penyesuaian Sentuhan.

  2. Anda boleh mengkonfigurasikan iPhone untuk melakukan mana-mana daripada berikut:

    • Balas kepada sentuhan untuk tempoh masa tertentu: Aktifkan Tempoh Tahan, kemudian ketik butang Susutan atau butang Tokokan untuk melaraskan tempoh (lalai ialah 0.10 saat).

      Untuk melaksanakan gerak isyarat leret tanpa menunggu tempoh tahan yang ditentukan, ketik Gerak Isyarat Leret, kemudian aktifkan Gerak Isyarat Leret. Anda boleh memilih jumlah pergerakan yang diperlukan sebelum gerak isyarat leret bermula.

    • Abaikan berbilang sentuhan: Aktifkan Abaikan Ulangan, kemudian ketik butang Susutan atau butang Tokokan untuk melaraskan jumlah masa yang dibenarkan antara berbilang sentuhan. Jadi, jika anda menyentuh skrin beberapa kali dengan cepat, iPhone menganggapnya sebagai satu sentuhan.

    • Balas pada tempat pertama atau terakhir yang anda sentuh: Pilih Gunakan Lokasi Sentuhan Awal atau Gunakan Lokasi Sentuhan Terakhir.

      Jika anda memilih Gunakan Lokasi Sentuh Awal, iPhone menggunakan lokasi ketikan pertama anda—contohnya, apabila anda ketik app pada skrin Utama. Jika anda memilih Gunakan Lokasi Sentuh Akhir, iPhone menggunakan ketikan sebelum anda mengangkat jari anda. iPhone bertindak balas terhadap ketikan selepas anda mengangkat jari anda dalam tempoh tertentu. Ketik butang Susutan atau butang Tokokan untuk melaraskan pemasaan. Peranti anda boleh bertindak balas terhadap gerak isyarat lain, seperti seret, jika anda menunggu lebih lama daripada tundaan gerak isyarat.

Pilih cara iPhone bertindak balas apabila anda menekan dan menahan butang sisi atau Utama

  1. Pergi ke Seting  > Umum > Kebolehcapaian > Butang Sisi (iPhone X dan lebih baru) atau Butang Utama (model lain).

  2. Pilih Siri, Kawalan Suara, atau Tidak Aktif

Laraskan seting 3D Touch

Pada model yang menyokong 3D Touch, anda boleh mengawal kesensitifan 3D Touch atau menyahaktifkannya.

  1. Pergi ke Seting  > Umum > Kebolehcapaian > 3D Touch.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Pilih kesensitifan Lembut, Sederhana, atau Kuat untuk melaraskan jumlah tekanan yang diperlukan untuk mengaktifkan 3D Touch. Kesensitifan lembut mengurangkan jumlah tekanan yang diperlukan; kesensitifan kuat meningkatkannya.

    • Nyahaktifkan 3D Touch

Laraskan seting Sentuhan Haptik

Pada iPhone XR, anda boleh melaraskan jumlah masa yang diperlukan untuk mengaktifkan Sentuhan Haptik apabila anda menggunakan gerak isyarat sentuh dan tahan.

  1. Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > Sentuhan Haptik.

  2. Pilih Laju atau Perlahan.

Untuk menguji seting, sentuh dan tahan butang Penilaian Pemasaan dalam bahagian ujian pemasaan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.