Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lihat album, senarai main dan banyak lagi pada iPhone

Dalam app Muzik , pustaka termasuk muzik yang anda tambahkan atau muat turun daripada Apple Music, muzik dan video yang anda selaraskan ke iPhone, rancangan TV dan filem yang anda tambahkan daripada Apple Muzik dan pembelian iTunes anda.

Skrin Pustaka menunjukkan senarai kategori termasuklah Senarai Main, Artis, Album dan Lagu. Pengepala Terbaru Ditambah muncul di bawah senarai. Pemain menunjukkan nama lagu semasa dan butang Jeda dan Seterusnya muncul berdekatan bahagian bawah.

Layari dan mainkan muzik anda

  1. Ketik Pustaka, kemudian ketik kategori, seperti Album atau Lagu; ketik Muzik Dimuat Turun untuk melihat hanya muzik yang disimpan pada iPhone.

  2. Ketik item, kemudian ketik Main, atau ketik Rombak untuk merombak album atau senarai main.

    Pada model dengan 3D Touch, tekan karya album, kemudian ketik butang Main.

Untuk menambah kategori lain ke pustaka, ketik Edit, kemudian pilih kategori tambahan seperti Genre dan Kompilasi.

Isih muzik anda

  1. Ketik Pustaka, kemudian ketik Senarai Main, Album, Lagu, TV & Filem, atau Video Muzik.

  2. Ketik Isih, kemudian pilih kaedah isihan seperti tajuk atau artis.

Mainkan muzik yang dikongsi pada komputer berdekatan

Jika komputer pada rangkaian anda berkongsi muzik menerusi Perkongsian Rumah iTunes, anda boleh strim muziknya ke iPhone anda.

  1. Pergi ke Seting  pada iPhone anda, ketik Muzik, ketik Daftar Masuk di bawah Perkongsian Rumah, kemudian daftar masuk dengan Apple ID anda.

  2. Buka app Muzik , pergi ke Pustaka > Perkongsian Rumah, kemudian pilih pustaka dikongsi.

Keluarkan lagu Apple Music daripada iPhone

  1. Pergi ke Seting , kemudian ketik Muzik.

  2. Nyahaktifkan Pustaka Muzik iCloud.

Lagu dikeluarkan daripada iPhone tetapi kekal dalam iCloud. Muzik yang anda beli atau selaraskan juga kekal.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.