Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Hantar dan terima jemputan dalam Kalendar pada iPhone

Dalam app Kalendar , hantar dan terima jemputan mesyuarat dan peristiwa. iCloud, Microsoft Exchange dan sesetengah pelayan CalDAV membolehkan anda menghantar dan menerima jemputan mesyuarat. (Bukan semua pelayan kalendar menyokong semua ciri).

Jemput orang lain ke peristiwa

  1. Ketik peristiwa, ketik Edit, ketik Jemputan, kemudian ketik Tambah Jemputan.

    Atau, jika anda tidak menjadualkan peristiwa, ketiknya, ketik Jemputan, kemudian ketik butang Hantar Mel kepada Jemputan.

  2. Taipkan nama atau alamat e-mel jemputan, atau ketik butang Tambah untuk memilih Kenalan.

  3. Ketik Selesai (atau ketik Hantar jika anda tidak menjadualkan peristiwa).

Dengan Microsoft Exchange dan sesetengah pelayan lain, anda boleh menjemput orang ke peristiwa walaupun bukan anda yang menjadualkannya.

Jika anda tidak mahu diberitahu apabila seseorang menolak mesyuarat, pergi ke Seting  > Kalendar, kemudian nyahaktifkan Tunjukkan Penolakan Jemputan.

Balas jemputan peristiwa

  1. Untuk membalas pemberitahuan peristiwa, ketiknya.

    Atau, dalam Kalendar, ketik Peti Masuk, kemudian ketik jemputan.

  2. Ketik balasan anda—Terima, Mungkin, atau Tolak.

Untuk membalas jemputan yang anda terima melalui e-mel, ketik teks bergaris bawah dalam e-mel, kemudian ketik Tunjukkan dalam Kalendar.

Jika anda menambah komen kepada balasan anda (komen mungkin tidak tersedia untuk semua kalendar), komen anda boleh dilihat oleh penganjur tetapi tidak oleh jemputan lain. Untuk melihat peristiwa yang anda telah tolak, ketik Kalendar di bahagian bawah skrin, kemudian aktifkan Tunjukkan Peristiwa Ditolak.

Jadualkan peristiwa tanpa menyekat jadual anda

Anda boleh menambah peristiwa pada kalendar anda tanpa menjadikan bingkai masa sebagai sibuk kepada orang yang menghantar jemputan kepada anda.

  1. Ketik peristiwa, kemudian ketik Edit.

  2. Ketik Tunjukkan Sebagai, kemudian ketik Lapang.

Cadangkan waktu mesyuarat lain

Anda boleh mencadangkan waktu berbeza untuk jemputan mesyuarat yang anda terima.

  1. Ketik mesyuarat, kemudian ketik Cadangkan Masa Baru.

  2. Ketik waktu, kemudian masukkan yang baru.

Bergantung kepada keupayaan pelayan kalendar anda, penganjur akan menerima sama ada balasan cadangan atau e-mel dengan cadangan anda.

Hantar e-mel kepada jemputan dengan cepat

  1. Ketik peristiwa yang mempunyai jemputan.

  2. Ketik Jemputan, kemudian ketik butang Hantar Mel kepada Jemputan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.