Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari rakan dan ahli keluarga daripada iPhone anda

App Cari Rakan Saya ialah cara hebat untuk mencari orang yang penting bagi anda dan berkongsi lokasi anda dengan mereka. Rakan dan ahli keluarga yang menggunakan iPhone, iPad, iPod touch, atau Apple Watch Siri 3 dan lebih baru dan berkongsi lokasi dengan anda terpapar pada peta, jadi anda dapat lihat dengan cepat tempat mereka berada. Anda boleh setkan pemberitahuan untuk mengisyaratkan anda apabila rakan atau ahli keluarga bertolak atau tiba di pelbagai lokasi.

Skrin Cari Rakan Saya, dengan peta di bahagian atas menunjukkan lokasi rakan anda dan senarai di bahagian bawah menunjukkan nama rakan anda, lokasi mereka dan jarak mereka dari anda.

Sediakan perkongsian lokasi

  1. Pergi ke Seting  > Privasi, kemudian aktifkan Perkhidmatan Lokasi.

  2. Pergi ke Seting > [nama anda] > Kongsi Lokasi Saya, kemudian aktifkan Kongsi Lokasi Saya.

  3. Ketik Dari, kemudian pilih peranti yang anda mahu berkongsi lokasi.

Kongsi lokasi anda dengan rakan

  1. Pada iPhone, buka Cari Rakan Saya, kemudian ketik Tambah.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Dalam medan Kepada, taip nama rakan yang anda mahu kongsikan lokasi anda (atau ketik butang Tambah Kenalan, dan pilih kenalan), kemudian ketik Hantar dan pilih tempoh anda mahu berkongsi lokasi anda.

    • Pilih rakan yang muncul dalam AirDrop dan pilih berapa lama anda mahu berkongsi lokasi anda.

Rakan anda menerima pemberitahuan yang anda mahu berkongsi lokasi anda dan boleh menerima atau menolak.

Cari rakan dan ahli keluarga

Anda boleh mencari rakan atau ahli keluarga yang berkongsi lokasi mereka dengan anda.

  1. Pada iPhone, buka Cari Rakan Saya.

  2. Ketik orang yang anda mahu cari.

    Orang tersebut muncul pada peta jadi anda boleh lihat tempat mereka berada.

Lihat Kongsi lokasi anda dengan ahli keluarga.

Sediakan pemberitahuan tentang ketibaan rakan

  1. Pilih rakan, kemudian ketik Beritahu Saya.

  2. Pilih sama ada anda mahu dimaklumkan apabila rakan beredar atau tiba ke sesuatu lokasi.

  3. Pilih lokasi semasa rakan, atau ketik Lain untuk mencipta lokasi baru untuk pemberitahuan tersebut.

Anda boleh meminta Siri mencari rakan yang telah berkongsi lokasi mereka dengan anda.

Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Di manakah Azim?” Ketahui cara meminta Siri.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.