Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Siri dan Kawalan Suara untuk memainkan muzik pada iPhone

Anda boleh menggunakan Siri atau Kawalan Suara untuk mengawal main balik muzik dalam app Muzik . Lihat Gunakan Kawalan Suara dan bukannya Siri pada iPhone dan Minta Siri pada iPhone.

Gunakan Siri

Panggil Siri, kemudian buat permintaan anda. Siri menyokong pelbagai jenis perintah:

  • Main Apple Music: Anda boleh memainkan sebarang lagu (“Mainkan ‘I’m a Mess’ oleh Bebe Rexha”), artis (“Mainkan Ariana Grande”), album, senarai main, atau stesen. Anda boleh memainkan muzik pada peranti didayakan AirPlay 2 dalam bilik yang khusus (“Mainkan album terbaru oleh Christina Aguilera di bilik tamu.”) Anda juga boleh memainkan lagu popular dari tahun berbeza (“Mainkan lagu teratas dari tahun 1990”).

  • Biarkan Siri menjadi DJ peribadi anda: Sebut sesuatu seperti “Mainkan Campuran Rehat saya” atau “Mainkan sesuatu yang saya suka.”

  • Tambahkan muzik daripada Apple Music ke pustaka anda: (Langganan Apple Music diperlukan) Sebut, contohnya, “Tambah ‘Nobody’ oleh Mitski ke Pustaka saya.” Atau semasa memainkan sesuatu, sebutkan “Tambah ini ke pustaka saya.”

  • Tambah lagu atau album ke senarai main: Semasa memainkan lagu, sebut sesuatu seperti “Tambah lagu ini pada senarai main Latihan saya” atau “Tambah album ini pada senarai main Pagi Ahad saya.”

  • Ketahui lebih lanjut mengenai lagu semasa: Sebut “Apa yang sedang dimainkan?”, “Siapa yang menyanyikan lagu ini?”, atau “Lagu ini oleh siapa?”

  • Mainkan lagu berdasarkan liriknya: (iOS 12.1.1 atau lebih baru) Sebut “Mainkan lagu dengan lirik” dan kemudian sebut frasa penting daripada lirik.

Guna Kawalan Suara

Aktifkan dan gunakan Kawalan Suara.

Nota: Apabila anda mengaktifkan Kawalan Suara, anda tidak boleh bercakap dengan Siri.

  1. Dalam Seting , aktifkan Kawalan Suara.

  2. Sebutkan mana-mana kawalan berikut:

    • Mainkan atau jeda muzik: Sebut “Mainkan muzik.” Untuk menjeda, sebut “Jeda,” “Jeda muzik,” atau “Berhenti.” Anda juga boleh menyebut “Lagu seterusnya” atau “Lagu sebelumnya.”

    • Mainkan album, artis, atau senarai main: Sebut “Mainkan album,” “Mainkan artis” atau “Mainkan senarai main” diikuti dengan nama artis, album atau senarai main.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.